Cerpen Percuma
Dendam Melati
Tiba - tiba terdengar bunyi bising datang dari luar rumahnya. Terdengar juga suara beberapa orang di luar rumahnya seperti suara penjahat. Pintu rumah Melati diketuk dengan kuatnya. Melati terkejut dan menjerit apabila pintu di rumahnya dipecahkan oleh beberapa orang lelaki yang ketika itu menceroboh masuk ke rumahnya. Mereka menampar dan memukulnya. Dia diperkosa oleh mereka. Penjahat yang seramai lapan orang itu merogol Melati dan melarikan diri. Mereka merupakan samsing di kawasan kampung itu. Ketua mereka bernama Karok.
Selama beberapa hari selepas kejadian itu, Melati hanya mampu bersedih sahaja. Dia tidak berani menceritakan mengenai perkara yang berlaku kepadanya. Dia takut dimalukan dan dihina oleh penduduk kampung itu.
Ketika Melati sedang memasak di rumahnya, dia terkejut apabila pintu rumahnya diketuk beberapa kali. Melati bertanya siapakah yang mengetuk pintu rumahnya. Ibu dan ayah Melati memberitahu Melati bahawa merekalah yang mengetuk pintu itu dari arah luar rumah. Melati pun bergerak ke arah pintu dan membukanya. Ibu dan ayah Melati pun masuk ke rumahnya.
Melati menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa bersama keluarganya.
Sewaktu Melati di sungai mencuci pakaian keluarganya, pandangannya beralih ke suatu kejadian dimana seorang kanak - kanak perempuan yang rupanya hodoh bermain - main sendirian di suatu tempat yang seakan gelap suasananya. Melati tersedar dari lamunannya apabila ada seorang wanita yang menegurnya. Wanita itu juga ingin membasuh dan bermandi di sungai itu. Wanita itu dan Melati berbual - bual bersama. Selesai mencuci mereka pun beredar dari sungai itu.
Dalam perjalanan pulang ke rumah. Melati terdengar beberapa orang penduduk kampungnya menangis.
Rupa - rupanya kampung mereka telah diganggu penjahat. Penduduk-penduduk kampung ramai yang dipukul mereka. Barang - barang kemas mereka juga dirampas. Salah seorang penduduk kampung telah memberitahu Melati bahawa kampung mereka telah diganggu oleh samsing - samsing yang diketuai oleh Karok.
Apabila Melati tiba di rumah dia mendapati ibu dan ayahnya telah dibunuh. Melati menangis sekuat-kuatnya.
Setelah selesai upacara pengebumian kedua orang tuanya, Melati menjalani kehidupannya tanpa ibu dan ayahnya.
Melati yang selama ini menyimpan dendam terhadap Karok, pergi mencarinya. Sewaktu Karok sedang berjalan di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan kampung. Melati menggenggam pisau dan menyerang Karok. Badan Karok terluka, tetapi dia menyerang semula Melati. Tumbukan dan tendangan dikenakan pada Melati. Melati terus jatuh pengsan setelah dipukul oleh Karok. Karok pun melarikan diri meninggalkan Melati di situ.
Melati tersedar dari pengsannya dan dalam keadaan lemah dia pun berjalan pulang ke rumahnya. Melati yang perasaannya tidak berapa gembira kerana kematian keluarganya, juga kegagalannya untuk membunuh Karok membuatkan dia semakin mendendami Karok. Kehidupan yang dilaluinya amat menyedihkan.
Melati berasa pening dan perutnya berasa sakit lalu jatuh dan mati. Anak kecil terkeluar dari tubuhnya. Kakak Melati yang telah lama tidak menziarahinya, tiba - tiba muncul ke rumah Melati. Mujurlah pintu rumahnya tidak dikunci. Kakak Melati terkejut apabila melihat kejadian yang berlaku terhadapnya. Melati didapatinya mati dan darah berlumuran di lantai. Kakak Melati mengambil anaknya dari lantai.
Setelah selesai hal - hal pengebumian Melati, Wangi membawa anak adiknya Melati pulang ke rumahnya.
Anak Melati dinamakan Murni oleh kakaknya Wangi. Semasa mereka tinggal bersama, Wangi pernah termimpi hantu perempuan berwajah hodoh sedang bermain bersama Murni.
Sesuatu yang aneh dan seram berlaku kepada Wangi. Dari kecil dia akan keluar dari rumahnya pada waktu malam dan berbual sendirian di luar rumahnya. Beberapa penduduk kampung telah melihatnya berperangai sedemikian.
Di rumahnya juga, dia sering berbual sendirian seperti ada sesiapa yang berbual dengannya. Wangi dan suaminya tidak menyedari mengenai perkara itu. Mereka seperti dipukau ataupun dirasuk sehingga tidak dapat menyedari tentang hal itu.
Apabila usia Murni mencecah belasan tahun, dia berubah menjadi gadis yang amat cantik, tercantik di kawasan kampungnya. Dia umpama peragawati yang cantik-cantik di bandar. Dia merupakan seorang gadis yang bersopan santun dan suka membantu orang lain. Murni yang kini semakin dewasa telah banyak membantu Wangi dan suaminya yang bernama Lazim. Setiap hari Murni akan mengemas rumah, memasak dan mencuci pakaian.
Sewaktu Murni sedang leka bermandi-mandian di sungai. Dia tidak menyedari bahawa hari telah senja. Murni didatangi makhluk. Ia muncul setelah asap berkepul - kepul hitam muncul di hadapannya. Rupa makhluk itu hodoh, berambut panjang dan berbau busuk seperti bangkai. Dia memberitahu bahawa dia adalah Melati, iaitu ibu kepada Murni. Dia berkata dia telah diperkosa dan dibunuh oleh Karok dirumahnya dahulu. Melati terus merasuk Murni supaya membunuh Karok dan kawan - kawannya.
Setelah kejadian di sungai itu, Murni seakan dirasuk, ilmunya tinggi sehingga dia boleh mengghaibkan dirinya. Dia juga mampu berterbangan di udara. Dia juga dapat mengeluarkan api melalui matanya sehingga mampu membakar benda - benda yang dipandangnya. Dari dalam biliknya, dia ghaib ke suatu tempat. Kemudian dia akan muncul semula ke biliknya. Dia juga ghaib ke rumah ibunya dan merayau - rayau mencari musuh ibunya.
Di warung kopi, Murni terlihat dua orang lelaki sedang rancak berbual. Muncul suara mengatakan bahawa kedua - dua lelaki itu merupakan kawan - kawan Karok iaitu pembunuh ibunya Melati. Pada waktu itu tidak ada sesiapa yang dapat melihat Murni kerana dia dalam keadaan ghaib. Makanan - makanan mereka dijadikannya cacing - cacing dan ulat. Minuman mereka pula dijadikan darah. Ia menjadi busuk. Lelaki - lelaki tadi memuntahkan semula apa yang dimakan dan diminum mereka.
Mereka berkelahi dengan peniaga di warung itu. Mereka tidak mahu membayar apa yang mereka makan dan minum. Mereka memukul peniaga di warung itu dan beredar dari situ.
Murni menyerang kedua - dua lelaki tadi berdekatan dengan hutan di kawasan kampung itu. Dia membunuh penjahat itu dan mengugut seorang penjahat lagi sambil bertanya, dimanakah penjahat - penjahat lain bersembunyi. Dia diberitahu bahawa mereka kerap ke kelab - kelab malam berpoya - poya dengan gadis - gadis di sana. Selepas mendengar penjelasan tadi, Murni tetap juga membunuh lelaki itu. Setelah mengetahui perkara tadi, Murni terus mengghaibkan dirinya pulang ke biliknya. Wangi dan suaminya Lazim langsung tidak dapat mengetahui mengenai perkara yang dilakukan oleh Murni.
Pada suatu malam, tepat jam 12.00 malam. Murni dirasuk, dari biliknya dia mengghaibkan diri dan muncul di kelab malam yang berdekatan dengan bandar di kampung mereka. Dia terlihat lima orang lelaki sedang berpoya - poya bersama - sama gadis-gadis di kelab itu.
Sewaktu mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, Murni muncul dan mengganggu mereka. Di tempat yang berbeza - beza mereka dibunuh oleh Murni. Ada yang mati di rumah kerana dicekik Murni. Ada juga yang terkena ilmu api yang terkeluar dari kedua mata Murni. Mereka dicakar dan dipukul teruk, sebelum dibunuh oleh Murni. Selesai saja kejadian tadi, Murni terus pulang ke biliknya.
Kini hanya tinggal Karok sahaja yang masih lagi hidup. Murni menggunakan kepakaran yang ada padanya untuk mencari Karok. Dia muncul di sebuah kelab malam dan menggoda Karok. Karok terpikat kepadanya dan mempelawanya ke sebuah hotel. Murni bersetuju untuk pergi ke hotel yang terletak berdekatan dengan kawasan kelab itu. Mereka pun bersama - sama bergerak menuju ke arah hotel tersebut.
Di bilik hotel Karok cuba menodai Murni. Murni berubah menjadi ibunya Melati. Karok terkejut melihat wajah Murni yang menyerupai Melati. Murni yang berubah menjadi Melati, memarahi mengenai perangai jahat Karok yang pernah memukul dan memperkosanya dahulu. Murni terus memukul dan mencakar Karok. Kekuatannya luar biasa sehingga Karok menjadi lemah dan tidak berdaya melawannya. Karok menangis dan meminta dirinya dikasihani. Murni tetap memukul Karok dengan kejamnya. Karok meninggal dunia. Murni terus pulang ke biliknya semula.
Selepas kejadian semalam hidup Murni berubah menjadi seperti manusia biasa. Dia tidak mendendami sesiapa lagi.
TAMAT