Cerpen Melayu

Ikan Duyung
Cerpen Percuma

Ikan Duyung

Norliza melahirkan anak duyung, anak ikan itu sukar untuk bernafas. Oleh kerana takut anak ikan itu mati, keluarga Norliza mengambil keputusan untuk melepaskannya di dalam lautan. Apabila ia dilepaskan di lautan anak duyung itu kembali bertenaga dan berenang dibawa air ke kawasan yang lebih dalam. Haiwan laut muncul dan menjaganya.

Apabila ia dewasa ia muncul di permukaan air laut. Lelaki yang sedang menjala ikan di atas perahunya terasa jalanya ditarik. Dia pun menarik kembali jalanya. Begitu berat jalanya hendak ditarik.

Setelah ditarik hingga berdekatan dengannya. Baru dia perasan rupanya dia telah berjaya menjala seekor ikan duyung. Ikan duyung itu cedera sedikit dibahagian ekornya.

Lelaki tu mohon maaf pada ikan duyung itu. Ikan duyung itu memperkenalkan dirinya dan namanya ialah Zartina. Ia berterima kasih kerana Zamarin membebaskannya. Lelaki itu berasa sayang terhadap ikan itu. Zartina begitu cantik dan lembut perangainya.

Pada keesokan hari. Waktu lelaki itu menjala lagi. Ikan itu muncul dan memberi harta karun yang diambilnya dari dasar laut kepada lelaki itu. Lelaki itu gembira dan berterima kasih pada Zartina. Lelaki itu menjadi kaya. Dia jatuh cinta kepada Zartina.

Zamarin muncul lagi di tempat yang biasanya dia bertemu dengan Zartina. Dia terkejut dan terhibur melihat obor - obor yang terapung- apung di atas air membentukkan diri mereka menjadi simbol cinta. Ikan - ikan kecil juga membentukkan diri mereka menjadi simbol cinta juga.

Zartina muncul lagi waktu Zamarin sedang menjala di atas sampannya. Zamarin merinduinya dan turun ke dalam laut dan memeluknya. Tapi hatinya menangis kerana kekasihnya merupakan ikan duyung.

Dia menyedari dia dan Zartina tidak mungkin dapat hidup bersama. Air matanya mengalir. Mereka berdakapan lama. Hujan turun dan mereka terpaksa mengundurkan diri dari situ. Ikan - ikan dan obor - obor tadi juga beredar meninggalkan kawasan itu.

Zamarin dengan tergesa - gesa mendayung hingga ke darat kerana hujan turun semakin lebat. Waktu dia di rumah, dia masih teringat - ingat waktu mereka di dalam lautan tadi. Dia masih teringat saat dia bersama Zartina tadi, hingga tertidur.

Zartina dapat bertemu keluarganya. Ia membantu keluarganya, ia memberi harta karun dari dasar laut kepada keluarganya. Mereka menjadi gembira. Tetapi dia terpaksa pisahkan dirinya dari keluarganya kerana dia tidak menyerupai keluarganya. Ia ikan duyung dan bukannya manusia.

Ia terpaksa berada di laut. Dia juga tidak berupaya ke darat untuk bersama dengan keluarganya. Keluarganya melambai - lambaikan tangan mereka waktu Zartina beredar meninggalkan mereka.

Zartina berangan - angan untuk berumah tangga seperti keluarganya. Tetapi akhirnya ia sedih kerana dia berbeza sifat dari keluarganya. Sudah pastinya ia tidak dapat mengecapi impiannya itu.

Telah berkali - kali Zartina berdoa untuk merubah dirinya menjadi manusia tetapi gagal. Ia tetap seperti seekor ikan duyung. Ia berasa hampa apabila mengenangkan nasibnya yang sebegitu.

Kerana terlalu sayangkan Zartina, Zamarin sanggup pergi ke rumah bomoh. Dia memberitahu mengenai masalahnya. Dia ingin merubah Zartina dari seekor ikan duyung menjadi manusia. Bomoh itu berkata bahawa dia akan cuba membantu Zamarin. Bomoh itu berdoa - doa membantunya.

Pada malam itu, waktu Zamarin tidur, dia termimpi mengenai Zartina yang telah berubah menjadi seorang manusia. Dia membawa Zartina menemui keluarganya dan keluarganya merestui perhubungan mereka.

Ramai penduduk - penduduk kampung yang memuji - muji tentang kejelitaan Zartina. Zamarin berasa gembira dan bangga melihat kekasihnya dipuji dan dipuja penduduk - penduduk kampung.

Zamarin akhirnya dikahwinkan dengan Zartina. Dia begitu gembira kerana impiannya telah tercapai. Dia akhirnya dapat memiliki gadis cantik itu. Akhirnya Zariman tersedar dari tidurnya.

Pada hari berikutnya dia tergesa - gesa ingin melihat Zartina. Dia sungguh berharap bahawa Zartina telah bertukar menjadi manusia. Dia tidak sabar membawa pulang Zartina untuk ditemukan dengan keluarganya.

Apabila dia tiba di tempat itu, dia menunggu dan mencari - cari Zartina. Akhirnya Zartina muncul tetapi hampanya dia masih lagi seperti biasa dan tiada perubahan pada dirinya. Zamarin kecewa tetapi dia hanya memendam keinginannya itu.

Mereka berbual - bual tentang cinta mereka. Perbualan mereka menjadi semakin romantik, seakan - akan diri mereka akan berkahwin nanti. Setelah berjam - jam di situ mereka berdua memohon diri untuk beredar.

Pada waktu malam. Zamarin tidak dapat melelapkan matanya. Dia runsing memikirkan tentang Zartina yang masih belum berubah menjadi seorang manusia.

Zamarin pergi ke rumah bomoh yang ingin membantunya. Dia menceritakan mengenai keadaan Zartina. Bomoh itu menyuruh Zamarin bersabar dan dia sedang berusaha sesuatu untuk membantu Zartina berubah menjadi seorang manusia.

Pada waktu petang. Zamarin menjenguk ia di lautan lagi. Dia berpakaian kemas dan membawa bunga yang banyak untuk ikan duyung itu. Zamarin diserang ikan jerung sehingga terjatuh ke dalam air. Zartina muncul membantu Zamarin. Ia dan Zamarin bersama - sama berlawan dengan ikan jerung tadi menggunakan pisau yang berada di atas sampan itu. Mereka bertungkus - lumus berlawan bagi menyelamatkan diri mereka. Jerung itu akhirnya kalah dan mati.

Kedua - dua mereka kepenatan dan cedera teruk. Zamarin memanjat sampan dan tertidur di dalamnya kerana kepenatan. Zartina pengsan dan beberapa ekor ikan muncul dan membawanya ke dasar laut. Zartina direhatkan dan diubati oleh ikan - ikan tadi.

Nelayan yang melalui kawasan tadi terkejut melihat seekor jerung terapung di kawasan itu. Dia juga terjumpa mayat Zamarin mati di dalam sampan itu. Mayat Zamarin dibawa pulang ke kampung. Berita kematiannya juga akhirnya diketahui oleh keluarganya. Keluarga Zamarin begitu sedih melihat keadaannya dan menangis - nangis sambil memeluknya.

Setelah pulih Zartina kembali semula ke tempat yang selalu ia dan Zamarin bertemu. Ia mencari - cari dan menanti kehadiran Zamarin. Berjam - jam dia menanti tetapi Zamarin tidak juga muncul. Hati Zartina begitu sedih sehingga mengalirkan airmata. Ia menunggu sehingga hari gelap dan terpaksa pulang ke dasar laut dengan hampanya.

Pada malam itu dia asyik terkenangkan Zamarin hingga payah untuknya melelapkan mata. Ia berangan - angan untuk pergi lagi ke tempat yang sama untuk bertemu dengan kekasihnya.

Pada keesokan harinya Zartina muncul kembali di tempat itu. Tetapi hatinya hampa kerana kekasihnya tidak juga muncul hingga ke malam hari. Zartina berfikir bahawa Zamarin pastinya telah mati sejak kejadian yang berlaku kepada mereka berdua pada beberapa hari lalu. Zartina menangis kerana kekasihnya telah mati. Ia begitu sedih mengenangkan Zamarin.

Selama beberapa hari Zartina masih lagi datang melihat kawasan ia dan Zamarin sering bertemu dahulu .Akhirnya ia berputus asa dan kembali semula hidup bersama haiwan laut yang lain.

TAMAT
Utama Cerpen Percuma Premium Masuk