Cerpen Percuma
Intan Fasrina
Apabila dewasa dan selepas tamat pengajian, mereka telah jarang bertemu.
Intan Fasrina mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Ramin. Mereka ada hubungan sejak beberapa tahun lalu.
Intan Fasrina dan Seri Hartini, tetap bertemu dan masih lagi sebagai sahabat. Walaupun jarang bertemu, perhubungan mereka masih mesra seperti dahulu. Keluarga mereka juga menyambut mereka dengan baik apabila mereka berkunjung ke rumah.
Mereka tetap juga berlatih bersama, apabila berpeluang berjumpa.
Pada suatu hari seorang lelaki tua telah menjelma di hadapan mereka dan mengajar ilmu persilatan yang ada padanya.
Mereka dilatih mengapungkan batu - batu kecil di udara dan melemparkan batu - batu tersebut ke arah tertentu. Mereka dilatih sehingga berjaya melakukannya.
Kehebatan mereka makin diketahui oleh masyarakat di kawasan desa itu. Mereka telah mula digentar oleh pendekar - pendekar di kawasan itu.
Berita mengenai penghulu di desa itu sedang mencari seorang pendekar yang handal telah tersebar di desa itu.
Intan Fasrina tahu, pencabarnya tentu Seri Hartini. Perasaan cemburunya terhadap Seri Hartini begitu mendalam. Dia mencari jalan untuk menjatuhkan gadis itu.
Pada suatu hari dia berpakat dengan teman lelakinya. Mereka ingin mengusir Seri Hartini dari pertandingan itu.
Teman lelaki Intan Fasrina berpakat dengan empat lagi kawannya yang bernama Osman, Razali, Borhan dan Darma. Mereka merancang untuk memperbodohkan Seri Hartini.
Mereka menggunakan bomoh, supaya gadis itu terpikat pada Darma. Mereka bercadang untuk mengusir Seri Hartini dari desa mereka.
Selepas beberapa hari, Seri Hartini telah digoda oleh Darma. Dia jatuh hati pada pemuda itu. Pemuda itu juga telah mempelajari ilmu persilatan bersamanya sejak dari kecil dulu.
Seri Hartini tidak dapat menahan perasaannya dan akhirnya bercumbuan dengan lelaki itu. Darma telah berjaya menodainya.
Selepas kejadian itu, Darma telah mula menjauhkan diri daripada Seri Hartini. Dia sentiasa menghindari dan memberi alasan untuk tidak bertemu dan menjalinkan hubungan bersama gadis itu.
Seri Hartini menjadi resah, kerana Darma telah cuba menjauhkan diri daripadanya.
Selepas beberapa lama kemudian, Seri Hartini mendapati dirinya hamil. Dia berasa tidak selesa dan berasa malu untuk menghadapi masyarakat.
Dia berusaha mencari lelaki itu dan akhirnya berjaya membunuhnya. Dia menikam Darma menggunakan keris yang ada padanya.
Penduduk desa yang mengetahui mengenai perkara pembunuhan itu, mencari Seri Hartini.
Mereka mencari dan mengejar gadis itu. Seri Hartini melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya.
Dia tiba di sebuah tasik. Dia terjun ke tasik dan menyelam sehingga ke gua tengkorak. Dia berjalan masuk ke gua itu. Gua itu dipenuhi dengan tengkorak. Keadaan di dalam gua itu menakutkan Seri Hartini. Dia menyembunyikan diri di dalam gua itu.
Penduduk desa yang mengejarnya, menunggunya muncul di atas permukaan air. Mereka juga takut untuk ke gua tengkorak, kerana gua itu dipercayai telah meragut nyawa manusia. Akhirnya mereka berputus asa.
Berita mengenai Seri Hartini diketahui oleh ramai penduduk kampung. Keluarga Intan Fasrina juga mengetahui mengenai kisah Seri Hartini. Dia berasa simpati dengan nasib kawannya itu. Tetapi dia merasakan Seri Hartini merupakan seorang gadis yang telah melakukan dosa membunuh penduduk di desa itu.
Seri Hartini melahirkan anak di gua itu. Tetapi anaknya meninggal dunia selepas dia melahirkan.
Selepas beberapa bulan, Seri Hartini terdengar suara lelaki sedang bertarung di dalam gua itu. Kemudian muncul dua lembaga hitam bersilat.
Mereka terbang dan hilang, kemudian mereka muncul semula dan menyerang.
Mereka terperanjat apabila melihat Seri Hartini. Mereka berjalan mendekatinya dan berbual dengannya. Seri Hartini menceritakan masalahnya pada kedua lelaki itu.
Pendekar itu bersimpati pada nasib Seri Hartini dan mengajarnya ilmu persilatan yang dimiliki mereka.
Setelah Seri Hartini tamat pengajiannya, mereka meminta izin untuk beredar dari gua itu.
Seri Hartini berubah wajah dan dirinya boleh hidup di dalam air. Dia berasa selesa hidup di dalam air tasik di gua itu.
Intan Fasrina merupakan seorang gadis yang terhandal berlawan di desa itu. Lelaki - lelaki di situ juga menjadi gentar apabila terdengar namanya. Di pertandingan yang diadakan, mereka tewas ketika bertarung dengan gadis itu.
Pada suatu hari sewaktu Intan Fasrina sedang berjalan - jalan di kawasan desa. Dia terdengar suara seorang lelaki tua mengatakan bahawa kampungnya akan dilanda masalah besar. Seorang gadis akan muncul dan mengganggu penduduk di desa itu. Intan Fasrina hendaklah tegas pendiriannya agar disayangi oleh penghulu di kawasan desa itu. Setelah suara lelaki itu selesai berkata. Intan Fasrina meneruskan perjalanannya menuju ke rumahnya.
Pada malam itu sewaktu Intan Fasrina sedang tidur. Dia terdengar suara seorang lelaki tua yang sedang membaca al quran. Dia membuka jendelanya dan melihat lelaki itu yang terapung di udara sambil membaca. Dia menunggu sehingga tamat al quran itu dibacakan. Setelah tamat dibaca, lelaki tua itu menghilangkan diri.
Intan Fasrina berjalan ke katilnya dan tidur semula. Tetapi dia sukar untuk melelapkan mata. Dia memikirkan mengenai peristiwa yang berlaku tadi. Akhirnya dia terlena.
Lelaki tua itu muncul semula di dalam mimpinya. Dia menyuruh Intan Fasrina perhatikan bersungguh - sungguh ilmu persilatan yang digayakannya. Intan Fasrina cuba mengingati segala gaya pergerakan lelaki tua itu. Lelaki tua itu terbang menghilangkan diri dan muncul semula. Setelah selesai, dia menghilangkan dirinya.
Pada keesokan harinya, Intan Fasrina tersedar dari tidurnya. Setelah selesai sarapan pagi, dia teringatkan mimpinya semalam.
Dia berjalan ke halaman rumahnya dan meniru gaya persilatan yang dimimpinya. Dia juga berjaya terbang ke udara dan mengghaibkan dirinya.
Penghulu di desa itu mempercayai dan tahu mengenai kehandalannya. Dia meminta pertolongan daripada Intan Fasrina untuk menjaga desa itu. Intan Fasrina bersetuju dan berjanji akan menjaga desa itu dengan baik.
Selepas beberapa hari, Intan Fasrina melangsungkan perkahwinannya bersama tunangnya.
Pada suatu hari, Seri Hartini muncul dari dalam tasik. Dia muncul di permukaan air dan wajahnya berubah menjadi seorang gadis yang sangat jelita.
Dia bertujuan untuk membunuh orang - orang yang telah menganiayanya dahulu.
Dia mengghaibkan dirinya dan muncul di kawasan desanya dahulu. Dia berjalan menuju ke rumah penghulu di desa itu. Dia berpura - pura sakit dan meminta pertolongan keluarga penghulu di situ. Dia juga mengatakan bahawa dia telah dianiaya oleh penjahat - penjahat di desa lain dan terpaksa melarikan diri ke desa itu.
Oleh kerana kasihan melihat Seri Hartini, keluarga penghulu membenarkan dia tinggal bersama mereka.
Apabila tiba waktu malam, Seri Hartini mengghaibkan dirinya dan muncul di kawasan tertentu di desa. Dia mengganggu dan membunuh penduduk di kawasan itu. Setelah dia puas berbuat demikian, dia pun pulang semula ke biliknya.
Pada keesokan harinya, dia berpura - pura tidak mengetahui mengenai perkara yang diceritakan oleh penghulu tentang perkara yang telah berlaku di desa itu semalam.
Dia semakin bersopan berbual bersama penghulu desa itu. Tidak ada sesiapa pun yang menyangka bahawa dialah orang yang mengucar - ngacirkan kawasan desa itu.
Penghulu menjemput penduduk -penduduk desa itu datang ke rumahnya. Dia menceritakan mengenai apa yang telah berlaku di kawasan desa itu. Dia menasihati semua penduduk di desa itu supaya berhati - hati menjaga diri keluarga mereka.
Pada malam itu juga, Seri Hartini keluar mencari rakan suami Intan Fasrina yang telah menganiayai hidupnya dahulu.
Dia ke rumah Osman dan berdiri di atas bumbung rumahnya. Dia menunggu lelaki itu pulang ke rumahnya.
Apabila lelaki itu pulang, Seri Hartini terjun ke bawah dan menikam tubuhnya menggunakan kerisnya. Osman meninggal dunia.
Setelah selesai, dia cuba memburu Razali. Dia ke rumah lelaki itu dan menunggunya di atas tangga rumah lelaki tersebut. Dia duduk di situ, apabila Razali pulang dia terus terbang dan membunuhnya.
Keluarga Razali terdengar jeritannya dan membuka pintu. Seri Hartini terbang dan meninggalkan kawasan itu.
Pada malam berikutnya Seri Hartini terbang mencari Borhan. Dia menjelma di hadapannya, sewaktu dia sedang berjalan di jalan raya. Lelaki itu takut dan berpatah balik melarikan diri. Seri Hartini terbang dan muncul semula di hadapannya. Seri Hartini memarahinya kerana bersubahat menganiayainya. Dia menggunakan keris di tangannya untuk menikam Borhan.
Penghulu menjadi resah setelah menerima banyak aduan, mengenai pembunuhan yang berlaku di desa itu.
Dia menasihati semua penduduk di desa itu supaya tidak meninggalkan rumah mereka pada waktu malam.
Pada malam itu juga, Seri Hartini muncul di rumah Intan Fasrina. Ini merupakan orang yang terakhir didendaminya.
Sewaktu suami Intan Fasrina, menonton televisyen sendirian. Dia terdengar pintu rumahnya telah diketuk beberapa kali.
Dia berjalan dan membuka pintu tersebut. Tetapi tiada sesiapa yang dapat dilihatnya. Seri Hartini muncul di hadapannya dan mencekiknya.
Intan Fasrina bangun dari tidurnya apabila terdengar bunyi bising di ruang tamu rumahnya. Dia sempat melihat wajah gadis itu. Dia mencekik Ramin dan terbang melarikannya.
Seri memarahi Ramin kerana telah berpakat bersama kawan - kawannya dan memusnahkan hidupnya. Dia menikam suami Intan Fasrina. Ramin meninggal dunia dan Seri Hartini membuangnya ke dalam laut.
Setelah kejadian itu, keluarga Intan Fasrina bersamanya mencari suaminya Ramin. Penduduk di desa itu juga berusaha mencarinya.
Selepas beberapa hari, mayatnya telah ditemui oleh nelayan. Mereka membawa pulang mayatnya.
Setelah selesai pengebumian Ramin. Intan Fasrina pergi ke rumah penghulu di desa itu. Mereka berbual mengenai kematian suaminya.
Sewaktu berbual Intan Fasrina terperanjat apabila melihat wajah Seri Hartini sama dengan wajah gadis yang membunuh suaminya.
Dia menjadi marah dan menyerang gadis itu. Seri Hartini mengapungkan dirinya dan terbang keluar dari rumah penghulu. Intan Fasrina turut berbuat demikian dan mengejarnya.
Intan mengapungkan batu - batu besar dan dilemparkan pada gadis itu. Seri Hartini melompat tinggi mengelak dari terkena batu - batu tersebut. Dia melemparkan semula batu - batu tersebut ke arah Intan Fasrina.
Dia terbang dan berdiri di atas bumbung rumah. Intan Fasrina mengelak dari terkena batu - batu itu dan terbang mengekorinya.
Mereka bertarung dan terbang ke satu bumbung ke bumbung rumah yang lain.
Sewaktu bertarung, mereka menggunakan kepakaran mereka tersendiri. Kepakaran yang dimiliki mereka hampir sama.
Tiba - tiba mereka terhenti dari berlawan. Seri Hartini memberitahu gadis itu bahawa dia adalah Seri Hartini. Intan Fasrina tidak mempercayainya kerana wajahnya telah berubah menjadi lain.
Seri Hartini berubah wajah menjadi seperti dirinya dahulu. Dia menceritakan mengenai pakatan Ramin dan rakan - rakannya dahulu.
Intan Fasrina tidak mempedulikan kata - kata gadis itu. Dia terpaksa membunuh gadis itu kerana gadis itu telah membunuh suaminya dan mengganggu desa itu.
Intan Fasrina juga tidak lupa mengenai janjinya terhadap penghulu untuk menjaga keamanan desa itu. Demi kesetiaannya pada penghulu, Seri Hartini dipaksanya untuk tinggalkan desa itu dan jangan lagi muncul di kawasan desa itu.
Seri Hartini terbang dan mendarat semula ke tanah. Intan Fasrina mengekorinya dan bertarung semula. Seri Hartini menghilangkan dirinya lagi.
Intan Fasrina menanti kemunculannya. Seri Hartini muncul dari dalam tanah dan menumbuk leher gadis itu. Dia juga menendang ke dua bahagian paha gadis itu. Gadis itu terjatuh, Seri Hartini melompat dan mencekik semula leher gadis itu. Dia mengugut Intan Fasrina supaya tidak mengganggunya lagi, nanti. Dia mengatakan bahawa dirinya akan pergi jauh. Intan Fasrina yang begitu letih, tidak berkata apa - apa.
Seri Hartini berjaya menumpaskan Intan Fasrina. Tetapi dia tidak membunuh gadis itu.
Seri Hartini mengghaibkan dirinya dan muncul di tasik yang dihuninya. Dia berasa kecewa dengan sikap kawannya yang tidak memahami mengenai nasib malang yang menimpanya dahulu. Dia terjun ke dalam tasik itu.
Intan Fasrina juga muncul di tepi tasik itu. Dia memanggil - manggil nama gadis itu beberapa kali. Tetapi Seri Hartini tidak menyahut panggilannya. Dia juga tidak muncul kembali. Intan Fasrina bersedih dan meminta maaf pada gadis itu. Dia berputus asa menunggu Seri Hartini dan pulang ke desanya semula.
TAMAT