Cerpen Melayu

Rindu Kenangan Lalu
Cerpen Percuma

Rindu Kenangan Lalu

Hazali kadangkala bila terindu sangat pada anak. Suara anak orang lain pun terasa seperti anaknya sendiri. Kadang sampai tersebut perkataan anak pada anak orang lain.

Dia terasa malu apabila diusik oleh anak - anak muda yang menyindir dirinya yang terlalu tegas terhadap anak - anak kandungnya. Anaknya tentulah tidak menyayanginya. Dia bernasib baik kerana masih mempunyai anak angkatnya yang baik hati dan menjaganya dengan sempurna.

Dahulu dia sering berbual dengan anaknya tentang apa yang mengembirakan dalam hidup keluarga mereka. Berbual tentang apa yang mereka suka. Kesukaan adik - beradik yang lain. Isteri pun tumpang berbual. Mereka juga sering makan bersama - sama di rumah mereka.

Mereka juga akan keluar berjalan - jalan bersama keluarga mereka. Berkelah beramai - ramai dan bermandi laut bersama - sama. Dahulu hidup Hazali lebih ceria dari hari ini.

Jika anak angkatnya berkahwin boleh juga dia merasai hidup seperti dulu lagi. Boleh juga dia keluar beramai - ramai bersama keluarga anak angkatnya.

Masa berjalan cepat anak kandung semuanya sudah ke kota mencari rezeki. Mula - mula dulu sekali - sekala pulang juga mereka ke rumah. Berbual fasal diri mereka. Bertanya tentang adik - beradik mereka yang pulang atau tidak. Mereka pulang pun pada waktu yang berbeza. Ada juga mereka bertanya tentang khabar ayah dan ibu mereka.

Akhir sekali mereka pulang mereka hanya duduk di bilik sahaja. Mereka langsung tidak endahkan ayah mereka. Kalau mereka berbual, terubat juga hati ayah mereka.

Kini mereka tidak pulang lagi. Mungkin mereka susah di rantauan. Maklumlah lebih - lebih lagi di musim covid. Banjir pun banyak terjadi kini dan ramai yang mengalami kesusahan. Ramai juga yang meninggal dunia, mungkin anaknya juga telah meninggal dunia.

Hazali pernah menghantar surat untuk anak - anaknya. Di dalam suratnya tertulis "Anakku sayang, ayah rindu. Maafkan ayah ya... sayang, membuatkan kau kini jauh di sana. Jangan nakal jangan nangis ya nak. Ayah hanya ingin mendengar khabar baik mu saja. "Kata Hazali pada anaknya. Surat Hazali tidak dibalas balik oleh kesemua anak - anaknya.

Dia tidak berputus asa, dia tetap juga menghantar surat dan memujuk hati mereka. Telah bersurat - surat di utusnya tetapi tidak dibalas oleh anak - anaknya langsung. Hazali menangis mengenangkan nasib malangnya.

"Aku kalau boleh memang tak mahu kehilangan mereka. Aku terpaksa menghalau dan memukul mereka supaya mereka mencari kerja di mana sahaja, hendak kemana pun pergi asalkan ada kerja cukup. Kerana aku takut hidup kami sekeluarga nanti susah. "Keluhan Hazali apabila memikirkan tentang anak - anaknya.

Kadangkala pula, hal makanan dan hal nak bergaya pun mereka berkelahi. Kalau nak kaya mestilah berusaha. Itulah kata - katanya kepada anak - anaknya.

Seronok juga dulu waktu sama - sama memancing, ringan sikit bebanan keluarga. Hasil tangkapan ikan boleh dibawa pulang dan dimakan bersama. Kini sudah tua hanya di rumah sahaja tempatnya.

Kenangan Hazali bersama anak, isteri, kakak, abang dan kedua ibu bapanya membuatkan dia tersenyum sendiri. Dia amat merindui mereka.

Kadangkala dia bersumpah untuk berubah perangainya jika keluarganya pulang semula kepadanya. Dia akan menjaga hati mereka dengan baik.

Waktu dulu siang dan malam sentiasa ada orang berbual dengannya. Dia amat rindu kenangan lalunya. Kini di Hari Raya Aidilfitri pun dengan harapan tunggu mereka pulang tetapi tidak pulang juga.

Duit yang mereka hantar dulu. Buat membeli benih untuk menanam pokok sayuran yang boleh dimakan dan dijual. Wang itu dibuat untuk membeli beras. Kadangkala memancing ikan untuk dimakan. Airmata sering berlinang mengenangkan nasib diri.

Hidupnya semakin miskin dan tidak seperti dulu lagi. Keluarganya langsung tidak pulang dan mengirim wang kepada dirinya lagi. Wang simpanan dulu semuanya habis digunakan.

Rumah Hazali tidak seperti rumah orang lain. Di rumahnya tidak ada televisyen dan berbagai peralatan elektrik. Di waktu malam dia dan anak angkatnya hanya menggunakan pelita sahaja untuk menyuluh kegelapan malam.

Kini isterinya pun sudah tidak ada lagi. Rindu pada isteri teramat sangat. Cuma anak angkatnya yang diambil dari rumah anak yatim piatu inilah yang ada padanya. Kini hanya anak angkatnya yang selalu berbual dengannya. Anak angkatnya berada di dapur dan sedang memasak dan yang kini menjaganya. Dia jugalah yang akan pergi memancing dan menjual sayur - sayuran.

TAMAT
Utama Cerpen Percuma Premium Masuk