Cerpen Percuma
Badut Pembunuh
Suatu hari ibu dan ayah Wani membawanya ke majlis semuanya berpakaian badut. Mereka sendiri pun memakai pakaian badut. Tiba - tiba Wani terlihat belon ungu bergerak sendiri. Manusia berpakaian badut juga muncul dan memegang belon itu.
Mereka semua bergembira di majlis itu. Mereka terhibur oleh pemuzik di situ dan juga makanan dan minuman yang disediakan. Tiba - tiba badut yang memegang belon ungu itu menghilangkan diri. Orang - orang yang berada di situ pun mula beredar dari majlis itu.
Badut yang bernama Kadir itu suka ke tempat rehat di tepi pantai. Dia membuat jenaka pada orang - orang di situ dan membuat silap mata pada mereka. Tetapi dalam diam - diam ia membunuh orang - orang yang pergi ke tempat itu.
Di dalam laut ia muncul dan tarik kaki orang yang bermandi di kawasan itu. Ia merejam mereka hingga lemas dan mati. Ia mengheret mayat mereka ke tempat lain supaya sesiapa pun tidak mengesyaki mengenai kawasannya ada berlaku kematian.
Di waktu malam mereka yang berada di kawasan itu diganggu juga. Lampu akan terpadam sendiri. Orang - orang di situ akan terdengar suara dan bunyi yang aneh dan beredar dari situ. Mereka akan dikejar, diganggu dan dibunuh.
Sesiapa yang tahu atau mengesyaki ia merupakan seorang pembunuh, pasti akan diganggunya. Ia akan menjelma di rumah mereka dan membunuh mereka.
Ia juga akan tidur di katil mereka sebelum mereka tidur di katil mereka sendiri. Mereka terkejut melihat ia bersama pakaian badutnya tidur di atas katil mereka.
Selepas satu atau dua saat ia akan menghilangkan dirinya. Orang tadi berasa tahyul mengenai kejadian tadi dan terus tidur. Waktu mereka tidur ia akan menjelma dan membunuh mereka.
Adakalanya ia akan menonton televisyen di rumah mereka. Apabila orang menyedari perkara itu dan cuba melarikan diri, ia terus mengejar dan membunuh mereka.
Gadis ini amat disukainya. Wani merupakan adik kawannya yang diminatinya dari dulu. Ibu dan ayah mereka sudah tua. Ia dan kawannya merupakan badut yang dibuli dan dipukul orang suatu waktu dulu.
Di taman ia mengganggu anak - anak orang yang membunuhnya dahulu. Mulanya dia buat kelakar, selepas itu ia akan membunuh mereka. Ia membunuh anak dan isteri pembunuhnya kerana masa depannya hancur kerana mereka. "Aku adalah orang yang asalnya baik, tetapi teraniaya sebab itu aku menjadi jahat" itu katanya sebelum ia membunuh pembunuhnya. Akhirnya pembunuhnya dibunuh.
Ia cuba menggoda adik kawannya Wani. Kawannya bangun dari kubur dan bertengkar dengannya. Kadir melarikan diri. Abang Wani yang merupakan kawannya tidak berjaya membunuhnya.
Sejak dari hari itu abang Wani sentiasa mengawasi Wani. Ke mana sahaja Wani pergi pasti dia diekori oleh roh abangnya. Apabila Wani pulang ke rumah ia juga akan masuk ke dalam rumah itu.
Ia juga tidur di dalam rumah itu. Ia tidur di dalam biliknya sendiri yang telah lama dibiarkan kosong oleh Wani.
Pada keesokan harinya ibu dan ayah Wani terkejut melihat bilik yang biasanya kemas itu menjadi berkedut. Mereka bertanya kepada Wani. Wani mengatakan bahawa dia tidak tahu mengenai hal itu.
Apabila Wani keluar dari rumahnya, abangnya akan mengikutinya semula. Kadir menjadi takut untuk mengekori Wani kerana dia dapat melihat abang Wani sentiasa mengawasi kemana juga Wani pergi. Abang Wani mula jemu mengekori kemana jua dia pergi. Dia membawa haluannya sendiri.
Wani akan pergi ke gimnasium dan bersenam. Setelah selesai bersenam dia terus ke restoran untuk menikmati makanan yang dijual di situ. Dia juga memesan makanan bungkus untuk dibawa pulang ke rumahnya.
Pada suatu hari Wani keluar untuk menonton wayang. Waktu dia menonton, Kadir muncul dan berjalan - jalan dan terus duduk di sebelahnya. Di tangannya memegang bertih jagung. Dia memakan bertih itu dan mempelawa Wani. Wani berbual dengannya.
Sedang mereka asyik berbual, abang Wani muncul dan menumbuk muka Kadir. Wani terkejut melihat abangnya dan dia mula mengesyaki sesuatu tentang mereka berdua. Dia baru teringat bahawa Kadir dan abangnya sebenarnya telah lama mati.
Kadir menumbuk semula Dali. Mereka bersama - sama mencekik dan terapung di udara. Orang - orang yang berada di dalam panggung itu terkejut melihat mereka berdua yang sedang berkelahi.
Beberapa orang yang berada di dalam panggung itu takut itu mencampuri pergaduhan diantara mereka berdua. Mereka berlari keluar dari panggung itu. Wani juga turut berlari keluar untuk menyelamatkan dirinya.
Kadir dan Dali berkelahi dengan teruknya di dalam panggung itu. Kadir terbangkan dirinya dan menghala ke pintu keluar. Ia terus terbang ke tempat lain tetapi ia dikejar oleh Dali.
Mereka pergi ke sebuah bangunan tinggi dan berlawan di atas bangunan tinggi itu. Kedua- dua mereka luka parah dan kepenatan. Dan akhirnya mereka berdua mati.
TAMAT