Cerpen Melayu

Karam Bersamamu
Cerpen Percuma

Karam Bersamamu

Dari sekolah lagi, setelah Hanusi melihat budak lelaki lain bercinta, dia pun teringin begitu juga. Hanusi memikat Mazlinda dan berjaya memikat gadis itu. Sejak hari itu jalinan persahabatan mereka semakin erat. Mereka sering bersama, waktu ke mana saja. Belajar juga bersama.

Hanusi lulus peperiksaan, keluarganya gembira mendengar keputusan itu. Keluarganya bahagia dan membawa Hanusi ke restoran hotel untuk meraikannya.

Mazlinda juga lulus dalam peperiksaan. Keluarganya juga bahagia. Ibunya memasak masakan yang paling digemarinya dan menghidangkannya untuk dimakan.

Mereka berdua tidak mahu melanjutkan pelajaran. Tetapi keluarga Hanusi memaksanya menyambung belajar. Mazlinda miskin dan dia ingin bekerja. Dia tidak mahu menyambung belajar. Ibunya bersetuju dengan keinginan Mazlinda.

Mereka berdua membohongi keluarga mereka dan berjaya keluar malam menonton wayang. Hanusi memberitahu Mazlinda bahawa dia harus menyambung pelajarannya. Mazlinda pula mengatakan bahawa keluarganya miskin dan dia harus bekerja.

Hanusi ditemani keluarganya hingga ke kolej dan di rumah sewanya. Setelah selesai kesemua keluarga Hanusi meminta diri untuk pulang. Mereka bersalaman bersama dan terus beredar dari situ. Hanusi berkenalan dengan teman - teman di rumah sewanya. Mereka berbual - bual dan keluar makan bersama.

Apabila tiba di kolej. Hanusi menghantar mesej melalui telefon bimbitnya. Hanusi takut Mazlinda akan melupakannya. Hanusi memberitahu Mazlinda bahawa dia telah berada di kolej. Mereka berbual - bual selama beberapa jam. Sebelum mengakhiri perbualan. Mazlinda menasihati Hanusi supaya belajar rajin - rajin dan jangan melupakannya.

Pada hari pertama di kolej. Hanusi yang sememangnya kacak telah digoda oleh beberapa gadis cantik di kolej itu. Hanusi juga terpikat melihat kejelitaan mereka tetapi hatinya payah untuk melupakan kekasihnya Mazlinda. Dia lebih menyayangi kekasihnya dari gadis - gadis itu.

Apabila dia pulang ke bilik sewanya. Dia teringatkan Mazlinda dan cuba untuk memikat dan menjaga hatinya. Dia menulis mesej melalui telefon bimbitnya kepada Mazlinda.

Mazlinda mengatakan betapa rindunya terhadap Hanusi dan hidupnya terasa sunyi tanpa Hanusi disisinya. Hanusi membalas mesejnya mengatakan "Saya berjanji akan membuatmu merasa diinginkan, dicintai dan dihargai." Kata Hanusi.

Mazlinda membaca dan membalas suratnya.
"Jatuh cinta padamu adalah hal terindah yang pernah kulakukan dalam hidupku." Kata Mazlinda.

Hanusi menulis "Kamu adalah hari ini dan semua hari esokku." Kata Hanusi lagi.

Mazlinda menulis "Aku akan memujamu dua kali seumur hidupku. Itu adalah sekarang dan selamanya." Kata Mazlinda pula.

Selain dari bercinta dengan Mazlinda, Hanusi juga begitu bertungkus - lumus mempelajari apa yang dipelajarinya di kolej. Dia tidak memberi peluang kepada mana - mana gadis yang cuba menghampiri dan menggodanya.

Mereka berutus surat sehinggalah Hanusi tamat pengajian.

Hanusi pulang ke pangkuan keluarganya. Dia memohon kerja dan berjaya. Wang gajinya tinggi. Beberapa bulan selepas itu, Hanusi ingin mengahwini gadis itu. Mereka berbincang dengan keluarga mereka.

Mazlinda mendapat kebenaran itu kerana bakal suaminya kaya. Hanusi pula merupakan seorang lelaki yang kacak dan dia juga telah beberapa kali berjaya mengambil hati keluarga Mazlinda.

Hanusi mendapat bantahan dari kedua ibubapanya dan dia berkelahi dengan keluarganya. Mazlinda dikatakan tidak sesuai untuk dikahwinkan dengan Hanusi. Mazlinda merupakan gadis dari keturunan keluarga miskin. Hanusi berasa kecewa apabila mendengar alasan yang diberikan oleh ibu dan ayahnya. Dia bersedih dan tidak tahu berkata apa - apa lagi kepada orang tuanya.

Dia terus masuk ke biliknya dan mengunci pintu biliknya. Dia terus menangis - nangis seorang diri. Ibu dan ayahnya memanggil- manggil namanya beberapa kali. Tetapi dia tidak mempedulikan perkara itu.

Dia memberitahu Mazlinda mengenai perkara itu. Mazlinda bersedih apabila mendengar berita yang dikatakan oleh kekasihnya. Hanusi menasihatinya supaya bersabar. Dia akan cuba merancang sesuatu bagi menyelamatkan hubungan mereka berdua.

Tanpa pengetahuan ayahnya Hanusi merancang untuk berkahwin juga dengan kekasihnya Mazlinda. Dia tidak mahu kecewa dan tidak mahu kecewakan kekasihnya Mazlinda. Dia sedih jika melihat kekasihnya bersedih nanti. Dia harus menepati kata - kata dan janjinya terhadap Mazlinda.

Hanusi tidak mahu memungkiri janjinya terhadap Mazlinda. Dia memujuk dan berpakat dengan pakciknya untuk berkahwin dengan gadis itu. Pakciknya membangkang dan tidak mahu terlibat dalam perkara itu. Hanusi tetap memujuk dan tanpa berputus asa meminta bantuan pakciknya.

Akhirnya pakcik Hanusi bersetuju membantunya. Mazlinda juga meminta bantuan saudaranya juga. Setelah berusaha bersungguh-sungguh akhirnya saudaranya bersetuju membantu. Mereka dikahwinkan sembunyi - sembunyi tanpa pengetahuan keluarga mereka. Mazlinda dan Hanusi berterima kasih kepada saudara - mara mereka yang telah membantu menyatukan mereka.

Mereka tinggal dan hidup bersama. Mereka begitu gembira dapat hidup bersama. Kini keluarga mereka sudah pasti tidak lagi akan mempedulikan hal mereka. Mereka dapat berbuat apa saja yang diinginkan oleh mereka.

Mereka keluar bersama ke merata tempat. Hari - hari begitu terutama di hari cuti. Apabila Mazlinda tidak memasak mereka akan keluar makan bersama di restoran - restoran yang berdekatan dengan kawasan rumah mereka. Kehidupan mereka lebih ceria dari sebelum ini.

Baru beberapa bulan bernikah, pakcik Hanusi menelefonnya. Dia menyuruh Hanusi berhati - hati kerana ayah lelaki itu sedang mencari lelaki itu. Pakciknya dipukul oleh ayah Hanusi. Pakciknya memperingatinya supaya jangan terlalu risau tentangnya, dia kini selamat.

Hanusi memberitahu isterinya dan mereka berdua berhati - hati menjaga diri mereka. Isterinya amat takut apabila mendengar berita itu dari suaminya.

Mereka berdua bercadang untuk mencari pekerjaan yang baru dan jauh dari tempat tinggal keluarga mereka. Mereka berusaha mencarinya melalui telefon bimbit yang mereka gunakan.

Mereka berpakat dengan jiran - jiran mereka supaya tidak mendedahkan mengenai diri mereka kepada sesiapa pun. Mereka memberitahu teman - teman sekerja mereka supaya merahsiakan dan tidak mencampuri mengenai diri mereka. Mereka juga berasa selesa kerana tiada sesiapa yang bertanyakan mengenai diri mereka kepada jiran - jiran dan teman sekerja mereka.

Hanusi berjaya mendapat pekerjaan baru. Mereka berdua menggunakan telefon bimbit mereka dan mencari rumah untuk disewa dan berjaya memperolehinya juga.

Mereka membuat surat perletakan jawatan dan memberikan ia kepada majikan mereka. Majikan mereka membenarkan mereka berhenti dari bekerja di situ.

Hari ini merupakan hari terakhir mereka berdua bekerja. Selepas ini mereka akan berpindah ke negeri lain untuk bekerja dan tinggal di sana.

Setelah pulang ke rumah, mereka berdua mengemas - ngemas pakaian mereka dan meletakkannya ke dalam bag. Mereka juga turut memastikan bahawa tiada apa yang tertinggal.

Pada keesokan harinya mereka berdua mengambil barang - barang mereka dan memasukkannya ke dalam kereta Hanusi. Setelah selesai Mazlinda memandu motosikalnya dan Hanusi pula memandu keretanya. Mereka bersama - sama memandu menuju ke rumah baru mereka.

Setelah penat memandu, mereka singgah di restoran untuk makan bersama. Mereka berbual - bual di situ. Setelah selesai, mereka membayar bil dan beredar dari situ. Mereka terus memandu hingga sampai ke rumah baru mereka.

Mereka berasa selesa dan selamat sewaktu tinggal di rumah baru mereka. Hanusi begitu gembira kerana dia tidak merasa sebarang tekanan bekerja di tempat barunya.

Mazlinda berusaha mencari pekerjaan baru dan berjaya memperolehinya di sebuah syarikat perniagaan. Tempat kerjanya tidak berapa jauh dari kawasan rumahnya.

Di hari cuti mereka akan keluar menonton wayang dan berbual - bual di restoran berdekatan kawasan bandar itu.

Mazlinda didapati mengandung setelah dia berasa pening - pening dan pergi menemui doktor. Doktor memperingati dan menasihatinya supaya menjaga bayi yang dikandungnya.

Apabila Mazlinda pulang ke rumah. Dia memberitahu suaminya bahawa dia baru pulang dari hospital. Doktor telah memberitahunya bahawa dia kini telah hamil. Hanusi gembira mendengar berita itu dan dia tersenyum. Dia bersembahyang dan berterima kasih kepada tuhan kerana menghamilkan isterinya.

Mereka berdua kini lebih berhati - hati mengenai kerjaya mereka kerana mereka telah hampir memperolehi anak. Jadi perlulah mereka menjaga kerjaya mereka supaya lebih selamat jika dikira dari segi kewangan.

Pada suatu hari, waktu Hanusi dan isterinya keluar bekerja. Rumah mereka dicerobohi oleh beberapa orang lelaki yang diupah oleh bapa Hanusi. Mereka menunggu kepulangan Hanusi dan isterinya Mazlinda.

Mazlinda yang pulang awal ke rumah dari suaminya, terkejut apabila pintu rumahnya tidak dikunci. Dia diserang oleh lelaki - lelaki tadi. Mereka memukul Mazlinda yang cuba berlawan dengan mereka. Mereka memukulnya hingga mati. Mereka melarikan diri, apabila Hanusi pulang ke rumahnya. Dia terlihat isterinya terbaring di lantai. Dia terkejut dan terus memeluk isterinya dan menangis.

Hanusi terus ke rumah ayahnya dan memarahi ayahnya. Dia bergaduh dengan ayahnya dan membunuhnya. Ibunya menangis melihat kejadian itu.

Hanusi pulang semula ke rumahnya dan memeluk sambil menangis melihat isterinya. Dia meminta maaf kepada Mazlinda kerana perangai ayahnya yang begitu zalim dan kejam itu. Selepas itu dia mengambil pisau dan menikam dirinya sendiri beberapa kali untuk melepaskan geramnya. Dia meninggal dunia.

Selepas beberapa hari, rakan - rakan sekerja mereka kasihan dan menangis setelah mengetahui mengenai apa yang telah terjadi kepada mereka berdua.

TAMAT
Utama Cerpen Percuma Premium Masuk