Cerpen Percuma
Kau Bunuh Cintaku
Apabila dia tiba di taman itu, dia meletakkan motosikalnya di tempat yang selamat. Dia terus berlari ke arah taman. Waktu dia berlari - lari di situ, muncul seorang pemuda yang berlari bersamanya.
Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Alisha turut memberitahu namanya kepada Izmal. Mereka sama - sama terpikat dan berbual - bual mesra. Sebelum pulang, mereka sempat juga memberi nombor telefon mereka masing - masing.
Sejak mereka berkenalan, waktu bangun pagi Sharifah Alisha akan teringatkan Izmal. Dia asyik teringat wajah dan senyumannya. Dia ingin bertemu lagi lelaki itu. Dia merindui lelaki itu. Kini sudah empat hari berlalu dan Alisha tidak pernah menghubungi Izmal.
Pada hari Ahad berikutnya. Alisha mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi Izmal. Dia mempelawa Izmal ke taman bersama - samanya. Walaupun malu kerana dia yang mula menelefon Izmal, Alisha tetap juga melangkah ke tempat mereka mula - mula bertemu dulu. Dia menunggu sambil melihat sekiranya Izmal ada muncul di kawasan itu.
Seorang lelaki muncul dan menyapa Alisha. Alisha membalas sapaannya. Izmal yang muncul dari jauh dan berasa cemburu. Dia tidak berdaya menahan perasaan cemburunya terhadap lelaki itu. Berbagai - bagai sumpahan yang keluar dari mulutnya. Dia berasa panas hati dan terus berlari ke arah Alisha dan menumbuk muka lelaki itu. Lelaki itu terus melarikan diri.
Alisha menerangkan hal yang sebenarnya. Izmal terdiam tetapi masih meragui terhadap peristiwa yang dilihatnya tadi. Mereka berdua terus lari bersama - sama di kawasan itu.
Tiba - tiba hujan turun dan mereka berdua berlari - lari ke arah sebuah pondok yang berhampiran dengan mereka. Hujan turun dengan lebatnya dan mereka berdua kesejukan. Izmal memandang ke arah Alisha, Alisha tertunduk malu.
Izmal memegang erat kedua - dua tangan Alisha dan melafazkan kata cintanya kepada Alisha. Apabila hujan telah berhenti mereka beredar dan pulang ke rumah mereka masing - masing.
Pada hari cuti yang berikutnya mereka pergi menangkap ikan di sebuah hutan. Beberapa orang pemancing juga ada di situ. Mereka berdua menggunakan umpan cecair penarik ikan yang berwarna merah. Selepas mereka menyiram air umpan itu banyak ikan yang muncul di hadapan mereka.
Mereka pun menggunakan sauk ikan untuk menangkap ikan - ikan tadi. Mereka memperolehi banyak ikan. Mereka mengambil ikan itu dan membawanya pulang ke rumah masing - masing untuk dimasak oleh orang tua mereka.
Alisha dan Izmal saling mencintai. Dan mereka berjanji akan menjaga hati mereka masing - masing sepanjang percintaan mereka. Mereka meminta restu keluarga mereka untuk berumahtangga. Keluarga mereka merestui perhubungan mereka. Akhirnya mereka bertunang.
Mereka juga keluar untuk membeli - belah bagi persiapan perkahwinan mereka. Mereka juga ke restoran hotel untuk makan bersama. Mereka menikmati makanan bufet di situ. Setelah selesai makan dan membayar bil, mereka terus beredar dari situ. Waktu berjalan Alisha memegang erat tangan Izmal dan kepalanya disandarkan ke bahu Izmal. Mereka berjalan menuju kearah kereta Izmal.
Di hari perkahwinan mereka, ramai teman- teman mereka menghadiri majlis itu. Alisha dan Izmal gembira melihat kehadiran mereka. Alisha dan Izmal juga diminta menyanyikan beberapa lagu di majlis itu. Suara mereka berdua begitu merdu hingga ramai yang memuji - muji mereka.
Selepas berkahwin mereka membeli rumah. Alisha berhenti dari bekerja dan hanya menjadi suri rumah sahaja. Alisha akan memasak untuk suaminya dan sekali - sekala mereka akan keluar makan di restoran. Izmal kini tidak sendiri lagi. Dia kini mempunyai Alisha dan mereka saling mencintai.
Setelah berbulan - bulan bersama. Izmal dibuang kerja. Dia hanya berehat di rumah. Kadangkala itu dia akan mencari - cari kerja menggunakan telefon bimbitnya.
Mereka berdua boleh dikatakan semakin miskin kerana wang simpanan mereka telah digunakan untuk membeli rumah. Hati mereka sedih mengenangkan nasib mereka berdua. Mereka terpaksa hidup dalam kemiskinan.
Mereka terpaksa berjimat mengenai perbelanjaan mereka. Dalam hal makanan pun mereka terpaksa berjimat.
Walaupun mereka miskin. Izmal tetap menjaga dan menyayangi Alisha. Waktu dia rindu dakapan suaminya, Izmal akan memeluknya dan bibirnya akan mengucapkan kata - kata cinta kepadanya. Walaupun mereka hidup dalam kemiskinan dirinya begitu tabah mengharungi segala dugaan dan rintangan yang terpaksa dilaluinya.
Pada suatu hari tergerak hati Izmal untuk membeli alat pengesan emas dari kedai membeli - belah dalam talian. Setelah membeli dia menggunakan alat itu untuk mencari emas. Waktu dia berjalan - jalan di sekitar hutan berdekatan sungai. Dia menggunakan alat pengesan emas untuk mencari emas di kawasan itu.
Dia terkejut mendengar alat itu berbunyi. Dia menggali - gali kawasan itu dan akhirnya dia terjumpa emas. Banyak emas yang dapat diperolehinya di situ. Dia membawa emas - emas itu pulang ke rumahnya. Alisha terkejut dan gembira apabila mengetahui hal itu.
Berhari - hari dia keluar mencari emas. Setelah banyak dikumpul dia menjual emas - emas itu. Dia dan isterinya menjadi kaya dan wang yang mereka kumpul dijadikan modal untuk membeli tanah di sekitar emas itu ditemui. Mereka mencari pemilik tanah dan membelinya dari aplikasi Mudah.my.
Setelah berjaya membeli tanah itu. Mereka jadikan kawasan itu sebagai kawasan perlombongan emas. Kehidupan mereka berubah menjadi amat kaya.
Kereta dan rumah besar dengan mudah dapat diperolehi mereka. Rumah mereka juga mempunyai kolam renang yang luas.
Setelah bertahun - tahun berkahwin mereka masih tidak mempunyai sebarang anak. Hati mereka berdua sedih kerana hidup mereka sunyi tanpa suara kanak - kanak seperti orang lain yang berumahtangga.
Izmal berubah sikap dan dia sudah mula keluar malam. Dia jarang berada di rumah. Kadangkala pula dia akan keluar rumahnya dari pagi hingga malam. Apabila ditanya dia akan memberi alasan bahawa dia sibuk dengan hal bisnesnya.
Dia berpoya - poya dengan gadis - gadis cantik. Dia berpoya - poya dengan orang - orang kaya dan orang - orang yang belum berumahtangga.
Alisha tersinggung oleh sikap suaminya dan dia mula membenci Izmal. Hatinya sakit, suaminya telah membunuh cintanya.
Izmal mendapat teman wanita baru yang bernama Hariani. Dia membohongi gadis itu dengan mengatakan dia belum berkahwin dan masih bujang.
Izmal berkelahi dengan isterinya. Hati isterinya remuk kerana dihinanya. Dia menuduh isterinya mandul dan itulah punca mereka tidak memperolehi anak hingga ke hari ini.
Cinta yang dulunya subur kini layu. Mereka menjadi pendiam dan tidak seriang seperti dulu. Mereka seolah - olah tidak berdaya untuk meneruskan cinta mereka. Keriangan hidup mereka kini bertukar menjadi sepi. Cinta yang dahulunya indah kini menjadi api kemarahan antara mereka. Mereka sering berkelahi.
Izmal keluar bercuti dengan teman wanitanya Hariani. Kecurangannya makin menjadi - jadi. Setelah pulang dari percutian. Mereka keluar membeli - belah bersama - sama.
Alisha ke bandar berjalan - jalan. Dia terlihat seorang gadis dan suaminya sedang berpegangan tangan di pusat membeli belah. Dia mengekori mereka hingga ke kereta mereka masing- masing. Alisha mengekori gadis itu hingga ke hadapan rumah gadis itu. Setelah dia mengetahui rumah gadis itu dia pun memandu pulang ke rumahnya.
Pada keesokan paginya, Alisha menunggu gadis itu keluar dari rumahnya. Dia terus berjalan ke arah gadis itu dan menampar gadis itu di pipinya. Dia memberitahu bahawa lelaki yang gadis itu keluar semalam adalah suaminya. Alisha berkelahi dengan teman wanita suaminya.
Ibu dan bapa gadis itu keluar dan menyelamatkan keadaan. Alisha memberitahu hal yang sebenarnya berlaku. Ayah dan ibu gadis itu memahami perasaan Alisha dan memarahi anak mereka. Mereka tidak membenarkan anak mereka berkawan lagi dengan suami orang.
Alisha menceritakan apa yang dilihatnya baru - baru ini dan memarahi Izmal. "Saya ingatkan engkau orang yang baik. Orang yang boleh membimbing, menjaga saya. Tetapi ternyata perangai engkau menyerupai perangai iblis." Alisha memekik kepada Izmal. Alisha begitu marah terhadap Izmal kerana suaminya telah menghancurkan perasaannya. Suaminya membohongi Alisha dan mengatakan bahawa itu adalah orang yang serupa wajah dengannya dan bukan dirinya yang sebenar.
Pada malam itu Alisha hilang pedoman dan membunuh diri. Dia menggantung dirinya pada tiang di dalam rumahnya.
Izmal menelefon teman wanitanya.Teman wanita Izmal tidak tahu isterinya membunuh diri. Teman wanitanya tidak meminatinya lagi kerana dia sudah mempunyai isteri. Izmal cuba menerangkan kepada teman wanitanya bahawa isterinya sudah meninggal dunia. Mereka berkelahi dan gadis itu mematikan telefonnya.
Izmal mabuk arak, waktu dia berjalan - jalan menuju ke sebuah restoran, dia terlihat kereta Hariani yang berada di kawasan itu. Dia masuk ke restoran itu dan mengganggu kawan - kawan teman wanitanya. Dia juga mengganggu teman wanitanya.
Hariani berlari keluar dari restoran. Dia mengejar dan menahan kereta teman wanitanya. Hariani melanggar dia. Izmal jatuh dan menangis kesakitan. Kawan - kawan Hariani keluar pada waktu itu. Mereka terkejut melihat kejadian itu. Izmal meninggal dunia.
Polis muncul apabila diberitahu oleh pekerja - pekerja di restoran itu. Selepas di soal siasat, Hariani di dapati bersalah dan di tahan oleh polis.
TAMAT