Cerpen Melayu

Ratu Ular
Cerpen Percuma

Ratu Ular

Suzila waktu dilahirkan dahulu berbeza dari orang lain. Bidan yang menguruskan kelahirannya terkejut melihat diri bayi itu begitu aneh. Di bahagian kepalanya terdapat banyak ular kecil yang melekat di kulit kepalanya. Keluarganya berasa malu dan takut untuk menjaganya. Keluarganya mencari cara untuk melepaskan diri mereka dari menjaganya.

Pada suatu hari keluarganya meninggalkan ia di sebuah kedai runcit. Penjaga di kedai runcit itu terkejut melihat seorang kanak - kanak yang begitu aneh ditinggalkan di dalam kedainya. Pemilik kedai itu menjadi kasihan melihat nasibnya. Dia mengambil keputusan untuk menjaganya. Ia dijaga oleh keluarga pemilik kedai itu.

Apabila ia dewasa, ia menjadi ganggu dan melarikan dirinya ke hutan. Ia menjalani kehidupannya di hutan. Ia berkawan dengan binatang - binatang yang berada di hutan itu.

Binatang - binatang di hutan itu menjadi takut padanya. Ular - ular yang berada di kepalanya akan muncul dan menyerang dan mematuk - matuk binatang - binatang yang berada di dalam hutan itu.

Suzila boleh berubah menjadi ular. Ia menganggu keadaan kampung. Ular di atas kepalanya pula akan keluar merayau - rayau dan mencari mangsa mereka. Ular itu semuanya boleh membesar dan mengecilkan diri mereka.

Ular itu menyerang di rumah orang , di tempat perkhemahan dan banyak tempat diganggu mereka. Ramai yang mengalami kecederaan dan terkorban oleh ular - ular itu.

Kejadian itu juga diberitakan di televisyen. Ada beberapa orang yang ditemuramah mengenai hal yang terjadi dihadapan mata mereka.

Ramai yang cedera dan dimasukkan ke hospital. Ramai juga yang meninggal dunia. Rumah - rumah mereka dimasuki ular dan diri mereka dipatuk ular.

Ratu ular muncul di rumah ibunya. Keluarganya terkejut melihat dirinya dan mereka tahu perempuan ular itu tentulah ahli keluarga mereka yang dibuang oleh keluarga mereka dahulu. Ia terus menyerang keluarganya. Keluarganya teruk dipatuk oleh ular - ular yang berada di kepalanya.

Ular - ular itu juga muncul di rumah penjaga ratunya dan mengganggu penghuni rumah itu. Mereka mematuk seluruh keluarga itu. Badin sempat melarikan diri bagi menyelamatkan dirinya.

Badin merupakan anak kepada pemilik kedai yang pernah menjaga ratu ular itu. Dia berjalan - jalan dan tertidur di tepi pantai. Dia bermimpi memotong leher perempuan ular dan membakar kepala perempuan ular itu. Selepas dia berbuat begitu barulah keadaan menjadi pulih. Badin disukai ramai kerana kecerdikannya yang telah membantu penduduk di kawasan itu.

Di hospital dan klinik-klinik juga diserang mereka. Pekerja - pekerja di tempat tadi diserang dan di patuk ular. Ramai orang yang cedera dan meninggal dunia.

Polis dan askar disuruh mengawasi kawasan itu. Mereka diberitahu supaya membunuh ular - ular itu jika melihat ada dimana - mana. Polis hutan juga disuruh menjaga keadaan di hutan. Mereka juga diingatkan supaya mengawasi ular itu di sempadan untuk menghindarkan ular itu dari masuk ke daerah lain.

Ular - ular itu tiba - tiba menjadi kecil apabila mereka tiba di kawasan sempadan. Mereka melepaskan diri mereka tanpa diketahui oleh polis - polis yang berada di situ. Ada juga beberapa tembakan polis dan askar dilepaskan pada ular - ular itu. Tetapi hanya beberapa ekor sahaja yang terkena tembakan.

Televisyen memberitakan mengenai beberapa orang di kawasan lain juga diserang ular - ular tadi. Ular - ular tadi terbang dan mematuk orang - orang di kawasan itu. Beberapa orang - orang di kawasan itu menangis - nangis menceritakan kepada wartawan mengenai kejadian yang berlaku kepada saudara - mara mereka.

Ada beberapa orang yang menceritakan tentang perempuan ular yang besar mengejar mereka. Beberapa orang telah menjadi mangsa ular - ular dari kepalanya. Ular - ular kecil dari kepalanya terbang dan mematuk orang - orang tertentu. Ular - ular kecil tadi juga boleh berubah menjadi ular yang besar.

Perempuan ular tadi juga digelar Ratu Ular. Ia dan juga beberapa ular dari kepalanya juga telah ditembak oleh polis - polis dan juga askar - askar. Banyak juga ular yang cedera.

Badin mendengar berita itu dan cuba mencari ratunya. Waktu dia sedang berjalan - jalan dia terlihat ramai orang yang sedang melarikan diri dari sesuatu. Dia mengintip dan berjaya melihat Ratu Ular itu sedang bergerak. Ia kelihatan letih dan kesan - kesan tembakan ada di tubuhnya. Badin mengintip dan berjaya menjumpainya yang sedang tidur di rumput - rumput kawasan itu.

Badin menghampirinya dan memotong kepala Ratu Ular itu menggunakan parangnya. Kepala perempuan ular yang merupakan tempat ular - ular berteduh dibakar. Ular - ular yang banyak itu pun mati. Keadaan menjadi pulih seperti biasa.

Semasa Badin membakar kepala perempuan ular itu terdapat beberapa orang yang memerhati dan gembira selepas kepala perempuan ular tadi dibakar. Ramai yang berterimakasih pada Badin.

TAMAT
Utama Cerpen Percuma Premium Masuk