Cerpen Melayu

Tangisan Mariah(Bahagian 1)
Cerpen Percuma

Tangisan Mariah(Bahagian 1)

Di sebuah bungalow dua tingkat terdapat tiga penghuni di dalamnya. Ia terdiri dari sepasang suami isteri dan satu anak perempuan. Isterinya yang bernama Nora mati, tinggal Zack dan anak perempuannya sahaja yang masih kecil dan masih bersekolah bernama Mariah. Zack berkahwin dengan seorang janda muda cantik bernama Farah dan mempunyai dua orang anak. Satu lelaki dan satu perempuan, yang seakan sebaya dengan anak kandung Zack. Anak lelaki Farah bernama Hadi dan perempuan pula bernama Dahlia. Pada mula kemunculan ibu tiri dan anak ibu tiri Mariah memang sangat disukai Mariah. Kerana tingkah laku mereka amat baik dan disenangi oleh ayah Mariah dan juga Mariah. Lama - kelamaan perangai mereka semakin berubah sehingga Mariah dianaktirikan mereka dalam senyap - senyap tanpa pengetahuan Zack.

Pulang saja Mariah dari sekolah, Mariah akan didenda berbagai - bagai hal antaranya memasak, membasuh dan mengemas rumah. Mariah sungguh terharu tentang nasib malangnya sejak pemergian ibunya. Dia sering menangis sendirian di bilik tidurnya. Hadi dan Dahlia pula akan menonton televisyen, keluar merayau - rayau di luar rumah dan berpoya - poya dengan kawan - kawan mereka. Bapa Mariah seorang ahli perniagaan dan dia sering tiada di rumah. Dia tidak menyedari tentang apa yang terjadi kepada anaknya Mariah. Tetapi apabila Zack pulang ke rumahnya, perangai Farah dan kedua - dua perangai anaknya akan berubah. Mereka akan melakukan kerja - kerja rumah. Mariah juga dilayan mereka dengan baik.

Sehinggalah beberapa bulan kejadian seperti itu berlaku. Berita tentang kematian Zack diterima oleh Farah melalui telefon, Zack ditimpa kemalangan jalanraya dan terus meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital. Farah menyampaikan hal itu kepada Mariah dan kedua-dua anak kandungnya. Selepas kejadian itu, Mariah didera semula oleh keluarga tirinya. Badannya semakin kurus kerana selera makannya tidak seperti dulu lagi. Mariah disuruh mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Mariah juga sering dihina oleh keluarga tirinya kerana masakannya yang tidak sedap. Dia juga dipukul dan dinodai oleh Hadi. Dia sering menangis dan hidup dalam kesedihan. Keluarganya juga menghina dia di hadapan tetamu - tetamu yang datang ke rumah. Kadangkala kerana tidak tertahan malu dan sedih dia akan menangis di hadapan tetamu - tetamu tadi. Dia juga dipindahkan ke bilik Dahlia yang agak kecil daripada biliknya. Dahlia yang semakin sombong kini tinggal di bilik Mariah. Mariah juga disuruh oleh ibu tirinya berhenti dari persekolahan.

Pada suatu hari ketika usia Mariah belasan tahun, Mariah jatuh sakit. Ibu tirinya iaitu Farah tetap menyuruh dia membuat kerja - kerja rumah. Mariah yang dalam keadaan lemah merayu untuk berehat tetapi dia tetap dibuli oleh Farah ibu tirinya. Mariah terus melakukan kerja-kerja rumahnya hingga dia terjatuh pengsan di lantai rumahnya. Farah menemuinya dan cuba untuk menyedarkannya dari pengsan. Setelah beberapa jam usahanya tetap tidak berjaya. Farah mengambil keputusan untuk membawa Mariah ke hospital. Tetapi Mariah tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di situ. Kehidupan Farah dan kedua - dua anak kandungnya begitu berubah sejak ketiadaan Mariah dan Zack. Kehidupan mereka begitu mengembirakan kerana harta kekayaan yang ditinggalkan Mariah dan Zack begitu banyak sekali.

Pada suatu malam Dahlia terdengar suara perempuan menangis. Dahlia menyedari bahawa suara itu adalah mirip suara Mariah. Semakin lama semakin kuat bunyi tangisan itu. Dahlia berasa amat takut dan dia terus menjerit. Ibu dan abangnya Hadi terus meluru ke arah biliknya. Farah terus memeluk Dahlia sambil bertanyakan apa yang terjadi. Dahlia menceritakan bahawa dia ada terdengar suara Mariah menangis. Tetapi Hadi dan ibunya berkata mereka tidak mendengari apa-apa suara sekali pun. Pada pendapat mereka tentunya Dahlia bermimpi tadi. Setelah keadaan Dahlia pulih, mereka ke bilik mereka masing - masing. Dahlia pun menyambung tidurnya.

Perniagaan arwah ayah mereka semakin maju. Keluarganya, kesemuanya memiliki kereta mahal dan pakaian yang cantik - cantik dan berjenama tinggi. Rumah mereka diubah suai menjadi lebih cantik. Farah dan keluarganya juga berjaya membeli sebuah rumah di luar negara. Dahlia dan Hadi sering ke tempat - tempat seperti hotel-hotel dan restoran lima bintang.

Pada suatu hari Dahlia dan teman - temannya bercadang untuk pergi berkhemah di suatu tempat yang berdekatan dengan air terjun. Dahlia akan berkhemah bersama lima orang rakannya. Dia memberitahu keluarganya dan keluarganya membenarkan dia untuk pergi.

Setibanya di tempat perkhemahan, mereka pun memulakan kerja - kerja pembinaan khemah mereka. Dua khemah di dirikan, satu untuk perempuan dan satu khemah lagi untuk lelaki. Suasana di situ sungguh nyaman dan memuaskan hati mereka. Mereka memancing dan bermandi di sungai air terjun berhampiran. Mereka berbual, berjenaka dan menceritakan kisah - kisah kenangan lama mereka.

Pada suatu malam, sedang Dahlia tidur dia terdengar seperti orang lelaki memanggilnya. Dia bangun dan keluar dari khemah, dilihat teman lelakinya yang bernama Hafis berjalan ke suatu arah, dia mengikutinya hingga agak jauh dari khemah. Teman lelakinya tiba - tiba hilang, Dahlia menggelabah dan takut. Mariah menjelma dan muncul di dahan pokok dan terbang ke dahan pokok lain. Suara Mariah mengilai - ngilai dengan kuatnya. Dahlia melarikan diri sambil menjerit meminta tolong. Tiba - tiba dia terlihat teman lelakinya yang bernama Hafis berada tidak jauh di hadapannya. Dia pun berlari mendekati Hafis dan menceritakan apa yang terjadi. Tetapi wajah Hafis langsung tidak menampakkan ketakutan yang ada pada dirinya. Wajah Hafis menampakkan seperti tidak ada perkara menakutkan dan bahaya yang akan terjadi. Mereka terus berbual mengenai hal lain. Sedang Dahlia berbual bersama teman lelakinya. Teman lelakinya berubah menjadi Mariah. Dahlia melarikan diri dan dia dikejar oleh Mariah, kakinya tergelincir dan dia terjatuh dari bukit ke atas batu yang berada di sungai air terjun berhampiran hutan itu.

Keesokan harinya teman - teman Dahlia mendapati Dahlia sudah menghilangkan diri. Di dalam keadaan cemas, mereka mencari Dahlia. Akhirnya mereka terjumpa mayat Dahlia di atas batu di kawasan air terjun berhampiran hutan itu. Kepalanya pecah dan darahnya banyak di atas batu itu. Badannya juga boleh dikatakan berkecai di atas batu itu.

Ibu Dahlia yang sedang mendengar muzik di rumah mendapat panggilan dari teman - teman Dahlia. Mereka menceritakan tentang kematian Dahlia. Ibu Dahlia menangis meraung apabila mendengar cerita tentang kematian Dahlia. Dia memberitahu hal itu, apabila Hadi pulang ke rumah.

Hadi kini menjalin hubungan dengan seorang wanita yang diminatinya. Kerana teman wanitanya sangat cantik dia mengambil keputusan untuk berkahwin. Bakal isterinya bernama Ariana.

Perkahwinan mereka diadakan secara besar - besaran dan upacaranya diadakan di hotel bertaraf lima bintang.

Setelah upacara perkahwinan mereka selesai. Pada waktu Hadi sedang menjalinkan hubungan dengan isterinya, dia merasakan seperti dirinya sedang menjalinkan hubungan bersama Mariah yang dikenalinya dulu.

Hadi mengambil keputusan untuk membeli rumah dan tinggal berasingan bersama isterinya. Ibunya yang ketika itu mempunyai hubungan dengan seorang lelaki dan dia membenarkan Hadi untuk berpindah ke rumah lain. Farah juga mempunyai keinginan untuk berkahwin dengan lelaki idamannya nanti.

Selepas setahun, isteri Hadi melahirkan seorang bayi perempuan. Bayi itu dibesarkan dalam kemewahan. Tetapi setelah bayi itu membesar, rupanya kelihatan seperti wajah Mariah. Bayi itu dinamakan Shila.

Sewaktu Hadi di rumah ibunya pula. Hadi menceritakan mengenai wajah anaknya yang mirip wajah Mariah. Dia juga bertanya ibunya sama ada benarkah wajah Mariah semirip wajah anaknya. Tetapi ibunya menafikan perkara itu.

Hadi pernah juga terdengar anaknya bercakap sendirian di bilik tidurnya. Kadangkala dia akan tertawa sendirian. Apabila dia mengetuk pintu bilik anaknya. Anaknya akan diam dan membuka pintunya. Pernah juga Hadi mendengar suara anaknya di bilik berbual - bual sendirian. Dia mengetuk pintu beberapa kali dan membukanya, tetapi tidak ada sesiapa di dalam bilik itu. Rupa - rupanya anaknya berada di kawasan luar rumahnya.

Di suatu malam suara tangisan Mariah juga didengari oleh Hadi dari bilik anaknya. Sebenarnya Shila menumpang tidur sebilik dengan isterinya di tingkat atas. Hadi yang pada ketika itu berada di ruang tamu di tingkat bawah menuju ke arah bilik anaknya Shila. Apabila dia membuka pintu bilik Shila, dia terlihat anaknya sedang menangis. Dia memeluk - meluk anaknya dan menidurinya. Waktu Hadi sedang leka, anaknya berubah menjadi Mariah dan kekuatan yang ada pada dirinya mencekik Hadi, Hadi menjerit meminta tolong. Mariah berjaya membunuh Hadi.

Isteri Hadi yang terdengar suaranya terus berlari menuju ke arah ruang tamu. Dia terus masuk ke bilik Shila setelah dia mendapati ruang tamu rumah mereka kosong. Dia terkejut apabila melihat tubuh Hadi terbaring di atas lantai bilik anaknya. Hadi didapati meninggal dunia oleh isterinya.

Selepas kejadian itu, hanya tinggal Ariana dan anaknya Shila sahaja di rumah itu. Ibu mertua Ariana iaitu Farah berasa terharu mengenai kejadian yang menimpa kedua - dua anak kandungnya itu. Dia menceritakan pada Ariana mengenai Mariah dan dia mengesyaki kematian kedua - dua anaknya mungkin berpunca dari sikap jahat keluarganya terhadap Mariah.

Farah yang ada hubungan dengan teman lelakinya akhirnya berkahwin. Suaminya yang bernama Mohamad Darwin merupakan seorang suami yang penyayang. Kehidupan mereka berdua begitu mesra dan bahagia.

Tetapi Farah berasa takut juga apabila terkenangkan peristiwa ngeri kematian kedua - dua anaknya. Dia cuba melupakan kenangan pahit kedua - dua anaknya. Dia mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara bersama suami barunya itu. Mereka ke rumah yang dibeli Farah suatu ketika dulu. Hampir setahun mereka di sana. Setelah puas bercuti, mereka pun pulang ke rumah asal mereka di Malaysia.

Keadaan di rumah mereka menjadi seram apabila apa yang dimakan oleh suami Farah menjadi cacing, ulat dan berbau busuk. Suami Farah memberitahu padanya. Tetapi apa yang dilihat oleh Farah adalah berbeza dan dia fikir suaminya hanya bergurau dengan berkata begitu. Suami Farah tidak tertahan mengenai kejadian itu. Dia termuntah dan darah keluar melalui mulutnya.

Pada waktu tidur Mohamad Darwin memberitahu isterinya bahawa dia mengalami kesakitan di bahagian dada. Isterinya mengurut - ngurut di bahagian dadanya sehingga dia melelapkan mata. Akhirnya kedua - dua mereka tertidur.

Pada keesokan harinya Farah terkejut apabila melihat suaminya tidak sedarkan diri apabila digeraknya berkali-kali. Mohamad Darwin didapati meninggal dunia.

Sejak kematian suaminya, kehidupannya Farah menjadi sunyi dan dia sentiasa berduka apabila memikirkan mengenai nasib dirinya. Dia juga telah berkali - kali mendengar suara Mariah menangis, menceritakan mengenai keperitan, kesedihan dirinya sewaktu didera oleh keluarga Farah ketika dia masih hidup dahulu. Farah juga terkejut dan menjadi lebih takut lagi apabila melihat buaian di luar rumahnya bergerak laju dengan sendirinya tanpa ada penghuninya. Bilik air yang kosong didengarinya bising seperti ada yang bermandi di dalamnya.

Farah yang mengharungi berbagai masalah di rumahnya seakan lupakan dirinya yang sebenar dan menjadi takut tinggal di rumah itu. Mariah muncul dan bertukar menyerupai bekas suami Farah. Farah memeluk lembaga yang menyerupai suaminya sambil menangis ketakutan. Lembaga itu bertukar menjadi Mariah dan membunuh Farah dengan kejamnya. Farah meninggal dunia dan roh Mariah juga meninggalkan rumah itu.

TAMAT
Utama Cerpen Percuma Premium Masuk