Cerpen Percuma
Lelaki Malapetaka
Isterinya tidak menyukai anak lelaki yang dikandungnya. Berbagai perkara buruk berlaku semasa dia mengandungkan anak itu. Sewaktu mengandungkan anak itu perutnya berada amat sakit, hingga kadangkala dia pengsan. Tetapi dia akan sedarkan diri semula selepas beberapa lama kemudian.
Suami perempuan yang mengandung itu meninggal dunia dengan tiba - tiba dan perempuan itu terpaksa mengharungi keperitan hidupnya dengan sendiri. Mujurlah jirannya memberi bantuan dan menjaganya sehingga dia dapat melahirkan anak. Zafri dilahirkan, dia dan ibunya tinggal di rumah mereka bersama.
Apabila Zafri telah mula berjalan, dia telah mula bercampur gaul dengan kanak - kanak lain. Pada suatu hari dia berkelahi dengan seorang budak lelaki di kampung itu. Dia menyumpah - nyumpah budak lelaki itu.
Selepas beberapa hari budak itu meninggal dunia. Zafri yang kini bercampur gaul dengan budak - budak lain, tidak mengetahui mengenai hal itu. Zafri bernasib baik kerana tidak ada seorang pun yang mengesyaki dan menuduhnya sebagai punca kejadian itu.
Zafri dimasukkan ke sekolah seperti kanak - kanak lain di kampung itu. Di sekolah dia merupakan seorang pelajar yang pintar. Murid - murid yang cemburu dan iri hati padanya akan menjadi terlalu bodoh di dalam bilik darjahnya.
Namanya harum di sekolah dan di kampungnya sehingga ramai yang menyukainya. Ibu Zafri amat berbangga terhadap Zafri. Zafri selalunya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolahnya.
Apabila dewasa Zafri akan keluar berlari - lari di pantai untuk menyihatkan tubuhnya. Di pantai itu hanya terdapat pasir-pasir laut dan batu - batu kecil sahaja.
Selepas beberapa jam berlari, Zafri berasa letih. Dia berlari pulang semula ke rumahnya. Setelah tiba di rumah, dia bermandi dan terus tertidur kerana keletihan.
Sesuatu dapat muncul dan terbentuk menjadi kenyataan yang datang dari impian hatinya. Munculnya hotel untuk kesenangan penduduk. Pembangunan di kampungnya juga datang dari impian hatinya.
Selepas beberapa tahun, Zafri keluar berlari - lari lagi di pantai yang pernah dia berlari dulu. Dia terlihat kawasan itu kini telah berubah, batu - batu yang terdapat di kawasan itu kini telah membesar. Zafri masih teringat dengan kata - kata guru sekolahnya dahulu bahawa batu boleh membesar. Pada pandangan Zafri mungkin juga batu bernyawa seperti juga binatang - binatang dan pokok - pokok.
Setelah tamat persekolahan. Zafri menyedari tentang kehidupannya yang miskin, dia cuba untuk mencari pekerjaan. Mereka memulau dan menfitnahnya hingga dia payah untuk mendapatkan pekerjaan.
Zafri menjadi marah dan suara hatinya menyumpah - nyumpah penduduk - penduduk kampung di situ. Zafri sememangnya dari kecil telah diketahui mempunyai sesuatu yang aneh dan membolehkan budak - budak yang sebayanya meninggal dunia apabila disumpah olehnya. Takdir buruk mungkin berlaku di kampung itu.
Setelah tamat kata - kata hatinya tadi, muncul angin puting beliung yang dahsyat di kampung itu. Penduduk - penduduk di kampung itu menjadi takut. Mereka menjerit - jerit dan meraung ketakutan. Bumbung - bumbung rumah di situ tercabut di tiup angin. Papan- papan rumah mereka juga melayang ditiup angin.
Apabila kejadian itu selesai mereka bersama - sama membaiki warung - warung dan rumah di kawasan kampung itu. Zafri juga turut membantu dan rumahnya di baiki juga. Tiada seorang pun yang mengesyaki kejadian itu berpunca darinya.
Selepas beberapa hari mereka bertungkus - lumus akhirnya semua kerja pemulihan selesai. Warung dan pelbagai di kampung itu dapat diperbaiki.
Setelah berusaha bersungguh - sungguh Zafri diterima bekerja di sebuah bank yang terletak di kawasan bandar berdekatan dengan kawasan kampungnya.
Zafri amat cerdik dan sangat cepat mempelajari mengenai kerjanya. Kelakuannya yang baik menyenangkan ketua dan pekerja- pekerja di situ.
Zafri dan ibunya sudah tiada masalah dengan hal kewangan lagi. Hidup mereka semakin berubah. Berbagai - bagai keperluan rumah dibelinya.
Hidup ibu Zafri semakin ceria. Ibunya juga membantu jiran - jiran yang telah membantunya dahulu. Jiran - jiran Zafri amat menyukai ibunya.
Sedang Zafri menikmati hidup yang sempurna, muncul orang yang berdengki di tempat kerjanya. Pemuda itu merupakan salah seorang penduduk di kampungnya. Zafri berkelahi dengan lelaki itu.
Zafri jatuh sakit teruk. Ada orang memakai ilmu padanya. Pada sangkaan Zafri tentunya angkara pemuda di tempat kerjanya yang menyebabkan nasib Zafri jadi begitu. Akhirnya pulih juga penyakit Zafri. Zafri dibuang kerja, setelah ketuanya mengambil pekerja lain menggantikannya. Zafri membantah ketuanya, akhirnya Zafri dibayar pampasan oleh ketuanya.
Zafri mencemuh dan menyumpah - nyumpah pemuda yang menyebabkan dia diberhentikan kerja. Pemuda itu meninggal dunia. Zafri juga menyumpah - nyumpah penduduk - penduduk kampung yang berhati busuk terhadapnya.
Gunung berapi di dalam laut yang telah lama tidak aktif pun tiba - tiba meletup. Zafri yang baru sahaja selesai kata - katanya menyumpah penduduk kampung, terdengar suatu letupan. Kemudian dia terdengar suara penduduk kampung berteriak mengenai gunung berapi yang meletup. Ramai penduduk yang melarikan diri untuk menyelamatkan diri dari letupan gunung berapi yang agak jauh dari kampung mereka.
Letupan dari gunung berapi itu menyebabkan tsunami dan gempa bumi berlaku. Ramai yang menjerit ketakutan dan cuba menyelamatkan diri mereka. Kapal - kapal dan sampan nelayan juga banyak yang tenggelam dipukul ombak tsunami. Ramai yang terkorban ketika itu.
Gempa bumi berlaku sehingga tanah merekah, bukit runtuh tanahnya, batu - batu dari atas bukit tergolek ke bawah. Rumah - rumah, hotel, bangunan - bangunan dan flat turut runtuh.
Beberapa orang di kampung itu berdoa meminta hujan turun supaya kepanasan letupan gunung berapi berkurangan. "Ya Allah turunkanlah hujan yang lebat kepada kami supaya kami selamat dari kepanasan gunung berapi". Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Hujan turun berhari - hari tanpa henti. Hujan itu telah mengakibatkan banjir sehingga rumah dan kereta mereka tenggelam. Ramai yang kehilangan nyawa.
Ramai yang tidak tahu berenang. Ada diantara mereka menggunakan pelampung untuk menyelamatkan diri mereka. Ada juga yang memakai pelampung kerana takut kekejangan otot yang mungkin dialami mereka. Wang yang dikumpul mereka basah dan koyak. Harta benda mereka banyak yang hanyut dan rosak.
Kereta - kereta mereka tenggelam dan hanyut dibawa arus. Keadaan begitu teruk hingga rumah - rumah penduduk di situ dihanyutkan arus juga.
Apabila mereka tidak tahu apa yang harus mereka lakukan, mereka berdoa supaya hujan dihentikan. Beberapa orang dari mereka berdoa "Ya Allah hentikanlah hujan yang mencelakakan hidup kami ini". Tiba - tiba hujan pun berhenti.
Penduduk kampung berasa amat gembira. Ramai juga yang terlibat dengan kerja - kerja penyelamat dan pembersihan untuk memulihkan keadaan kampung itu. Keadaan di kampung kembali seperti biasa semula. Tetapi ramai yang terkorban dan kehilangan pekerjaan.
Ramai yang menangis mengenangkan nasib malang mereka. Mereka kini hidup dalam keadaan kemiskinan. Ramai yang tiada pekerjaan juga.
Mereka yang mempunyai wang membeli tanah di kawasan tanah tinggi dan membina rumah tiang tinggi dan tebal untuk keselamatan keluarga mereka. Terdapat juga mereka yang menukarkan soket elektrik mereka dari bahagian bawah ke bahagian yang lebih tinggi. Kebanyakan mereka bertukar menggunakan periuk elektrik untuk memasak. Mereka tidak lagi menggunakan tong gas dapur bagi kegunaan dapur mereka. Gas daripada tong gas itu boleh mengakibatkan letupan jika tidak digunakan dengan berhati - hati. Periuk elektrik juga dapat memudahkan mereka untuk memasak di rumah dua tingkat dimana mereka dapat melakukan kerja - kerja dapur mereka di tingkat dua apabila banjir tiba. Mereka kini lebih gemar menggunakan 'Pressure Cooker ' dan 'Elba Slow Cooker ' sebagai barang kegunaan untuk masakan mereka. Mereka juga memohon rumah kos rendah untuk didiami dan memohon berbagai - bagai bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan menggunakan telefon bimbit mereka. Terdapat juga golongan - golongan tertentu yang memohon beberapa buah rumah pangsa di bangunan yang sama untuk tinggal berdekatan dengan keluarga mereka. Mereka menggunakan wang KWSP mereka dari akaun tiga dan dua untuk membeli rumah yang baru untuk diri dan keluarga mereka. Mereka juga menggunakan aplikasi KWSP mereka untuk menyemak dividen dan baki wang yang terdapat di akaun KWSP mereka. Beberapa orang penduduk di kampung itu mula belajar berenang ketika air pasang di sungai berdekatan dengan kampung itu.
Sikap penduduk kampung masih lagi tidak berubah, mereka masih menfitnah dan cemburu sehingga membuatkan Zafri terkilan dan berasa sedih.
Berbagai - bagai sumpahan dari hatinya telah menjadikan penduduk - penduduk di kampung itu terkorban. Berbagai kemalangan dan kesusahan mereka alami.
Zafrin juga penyebab penyakit yang paling teruk berlaku di kampungnya sehingga ramai yang terkorban.Tidak ada seorang pun yang menyedari tentang hal itu.
Binatang - binatang peliharaan penduduk kampung juga mati dijangkiti penyakit yang sama. Ia juga merupakan punca terjadinya kemiskinan di kampung itu. Masalah penceraian juga telah banyak berlaku di kampung itu.
Zafri ke warung kopi untuk meminum kopi. Zafri yang teramat mendendami sikap buruk penduduk kampung itu, terlalai dan kata - kata hatinya yang mencemuh dan menyumpah penduduk - penduduk kampung itu telah mengeluarkan suaranya dan dapat didengari oleh beberapa orang penduduk yang berada di meja sebelahnya. Mereka melihat ke arah Zafri tetapi Zafri tidak menyedari tentang hal itu. Mereka mula mengesyaki Zafri sesuatu. Mereka mengesyaki bahawa Zafrilah yang menjadi punca masalah di kampung itu.
Orang yang pertama menyedari bahawa dialah punca malapetaka yang terjadi di kampungnya,merupakan pemuda yang pernah bekerja bersamanya dulu.
Dia pernah mendengar Zafri bercakap seorang diri hingga terbocor rahsia keburukan Zafri terhadap penduduk kampung itu. Tetapi kini pemuda itu telahpun meninggal dunia. Oleh kerana takut perkara - perkara buruk akan berlaku lagi nanti. Juga betapa bahayanya Zafri, beberapa pemuda - pemuda yang mengetahui hal itu berpakat bersama penduduk kampung untuk menghapuskan Zafri.
Pada suatu hari waktu Zafri berjalan - jalan di pusat membeli - belah. Dia terserempak dengan beberapa orang penduduk kampung. Mereka mencemuh dan menyumpah Zafri hinggakan dia mengalami kemalangan jalan raya. Dia sempat berdoa semoga orang yang menjadikan takdirnya sebegini menimpa bencana pada diri mereka. Dia dibawa ke hospital dan mati setelah tidak dapat diselamatkan.
Lubang benam begitu luas dan dalam terjadi di flat. Ia merupakan tempat tinggal beberapa orang yang menganiaya Zafri. Kesemua orang yang berada di flat tadi juga mati. Keseluruhan flat itu terbenam dan runtuh hingga menyebabkan semua yang berada di dalam flat itu mati.
TAMAT