Cerpen Percuma
Pendekar Silat Ular Tedung Sakti
Sepasang suami isteri yang melalui di kawasan itu terlihat bayi itu. Tetapi mereka amat takut untuk menghampiri apabila terlihat seekor ular tedung putih berada di sisi bayi itu. Apabila ular itu telah beredar dari situ, barulah pasangan tadi menghampiri dan mendukung bayi itu. Bayi itu dibawa pulang ke rumah.
Bayi itu dinamakan Zambri, bayi itu juga dijadikan anak angkat kepada mereka berdua. Bayi itu pun tinggal bersama mereka hinggalah umurnya mencecah belasan tahun. Zambri merupakan anak tunggal kepada keluarganya. Dia tidak mempunyai adik, kakak dan juga abang.
Pada suatu hari, Zambri berjalan di kawasan sawah padi. Dia bertujuan untuk menemui ibu dan ayahnya yang sedang bekerja di situ. Ketika dia sedang leka berjalan, muncul seekor ular tedung dan mematuk kaki Zambri. Dia tidak merasakan kesakitan yang amat sangat. Dirasainya seperti semut yang telah menggigitnya. Tetapi air bisa dari gigitan ular tadi keluar dengan sendirinya.
Apabila Zambri tiba di tempat ibu dan ayahnya berada, dia menceritakan apa yang terjadi tadi kepada ayah dan ibunya. Mereka tidak mempercayai kata - kata Zambri, tetapi membelek - belek kakinya. Mereka terkejut melihat kesan gigitan ular tadi. Tetapi kaki anak mereka itu tidak bengkak. Mereka bersyukur kepada tuhan. Zambri membantu kerja keluarganya selama beberapa jam di sawah. Apabila senja menjelang barulah mereka pulang ke rumah.
Selepas beberapa hari, semasa Zambri pulang dari sekolah. Sewaktu perjalanan hampir ke rumahnya, dia terdengar suara keluarganya meminta pertolongan. Di rumahnya pula dia terlihat lima orang lelaki sedang memukul keluarganya. Zambri tidak dapat melakukan apa-apa kerana ilmu persilatan penjahat itu sungguh hebat. Mereka sungguh handal. Zambri dipukul mereka hingga pengsan. Apabila tersedar penjahat - penjahat itu telah tiada, tetapi ibu dan ayahnya telah meninggal dunia. Zambri terlalu sedih dan menangis sekuat - kuatnya. Setelah kematian keluarganya, Zambri menjalani kehidupannya sendirian sahaja.
Pada malam jumaat Zambri bermimpi selonggok ular tedung hitam. Apabila dia tersedar dia terlihat tangan kiri dan kanannya seolah sedang mematuk - matuk, seperti sedang mematuk sesuatu. Pada malam jumaat yang kedua pula, dia bermimpi ular tedung putih yang besar dan berwarna putih seperti keputihan awan muncul dihadapannya. Dia merasakan tangan kirinya seumpama ditarik dengan kuatnya oleh manusia. Apabila dia tersedar tangannya masih lagi ditarik ke kiri dan ke kanan. Selepas beberapa saat ia berhenti. Zambri berasa lega dan selesa. Dia terdengar pula suara yang menyuruhnya ke bukit yang digelar "Bukit Malang", dimana terletaknya "Gua Hantu". Di situ Zambri akan dapat mempelajari ilmu kesaktian.
Selepas hari itu hati Zambri menjadi tidak tenteram. Apa yang dilakukannya tidak menentu. Di sungai pula dia terlihat beberapa ekor ular tedung hitam menyeberangi sungai itu. Dia tetap bermandi di situ seperti biasa. Sewaktu dia dalam perjalanan pulang, dia terkejut apabila seekor ular tedung putih melintasi di hadapannya. Zambri teringat mengenai mimpinya mengenai ular tedung hitam dan putih itu.
Di rumahnya, Zambri terkejut apabila melihat wajahnya di cermin. Wajahnya berubah menjadi ular tedung hitam, Zambri menjerit. Wajahnya berubah menjadi wajah dirinya yang sebenar semula.
Pada keesokannya harinya Zambri memulakan perjalanannya ke gua itu. Dalam perjalanan, waktu Zambri sedang leka berjalan di "Bukit Malang", pada waktu malam, dia diserang. Lembaga yang berwajah hodoh seperti hantu, terbang ke arahnya dan bergelut, berkelahi dengannya. Zambri ditolak dari bukit itu hingga jatuh ke jurang. Dia pengsan. Setelah sedar dia terkejut apabila dilihatnya terdapat gua di kawasan itu. Pada sangkaan Zambri, mungkin inilah "Gua Hantu" yang dikatakan oleh suara yang didengari Zambri sebelum ini.
Zambri berjalan masuk ke dalam gua itu. Jin muncul dan suara jin yang kuat dapat didengari Zambri. Dia menceritakan masalahnya pada jin itu. Jin itu bersimpati dengan nasib Zambri. Ia berjanji untuk mengajar Zambri ilmu untuk mempertahankan diri. Semenjak Zambri berada di situ, telah berbagai - bagai ilmu kesaktian yang dipelajarinya. Selama setahun Zambri di dalam gua itu, Zambri dihidangkan dengan makanan - makanan dan minuman yang lazat. Jin juga menyuruh Zambri bersumpah mengatakan dia tidak akan menganiayai sesiapa pun dalam hidupnya. Zambri bersetuju dengan kata - kata Jin itu. Dia berjanji tidak akan menganiaya sesiapa pun dalam hidupnya. Setelah tamat mempelajari ilmu kesaktian di gua itu. Zambri pun meminta izin untuk pulang ke desanya. Jin membenarkan Zambri pulang. Sebelum pulang, Zambri berterima kasih pada jin kerana membenarkan Zambri tinggal di situ. Dia juga berpeluang mempelajari ilmu persilatan dan kesaktian di situ. Akhirnya Zambri pulang juga ke desanya.
Dalam perjalanan pulang ke desa, Zambri bertemu salah seorang lelaki yang membunuh keluarganya suatu masa dahulu. Dia bertarung dengan lelaki itu. Kemahiran Zambri memang luar biasa. Setiap serangan penjahat itu dapat ditepis dan dielak oleh Zambri. Serangan Zambri pula sangat tangkas dan luar biasa hingga penjahat itu teruk dipukul dan mati.
Di desanya, dia menjalani kehidupannya seperti biasa, tanpa ibu dan ayahnya. Pada waktu malam ketika Zambri tidur, Zambri bermimpi seorang lelaki gagah sedang menunjukkan ilmu persilatannya. Gerak gerainya hebat, seperti seekor ular tedung yang sedang berlawan. Sekali -sekala dia akan terbang ke udara dan mendarat ke bumi sambil menggayakan langkah - langkah persilatannya. Kadangkala dia akan mengghaibkan dirinya dan selepas beberapa saat dia akan muncul kembali. Gerak persilatannya sungguh menarik. Pergerakkannya boleh berubah menjadi seekor ular tedung yang sedang memanggung kepalanya. Selepas beberapa saat ia berubah menjadi manusia.
Pada keesokan harinya, Zambri seperti tidak sedarkan diri tertiru gaya persilatan yang dimimpinya semalam. Dia meniru langkah- langkah pesilat itu.
Penjahat - penjahat muncul di desa. Banyak barang - barang kemas dirampas mereka. Gadis - gadis dipukul dan dipaksa melakukan zina. Di warung - warung juga diganggu mereka. Mereka meminta wang orang - orang yang berada di warung itu. Ketiga - tiga penjahat itu merupakan orang yang membunuh keluarga Zambri. Cuma ketua mereka yang bernama Tarang saja yang tidak muncul.
Zambri dengan beraninya muncul dan bertarung dengan ketiga - tiga penjahat itu. Zambri menggunakan ilmu kekebalan dan kesaktiannya ketika bertarung. Penjahat itu terperanjat apabila melihat Zambri yang telah ditikam beberapa kali masih seperti biasa, tidak ada kesan luka di tubuhnya. Akhirnya ketiga - tiga penjahat itu tumpas.
Di malam hari, waktu Zambri berjalan - jalan dia disapa oleh kawan lamanya. Mereka bersama - sama ke warung kopi untuk meminum sesuatu. Setelah berbual - bual, Zambri merasai mengenai sesuatu yang aneh mengenai kawannya. Kawannya itu memarahi dan menuduh Zambri membunuh kawan - kawannya yang lain. Orang - orang yang berada di warung itu memandang ke arah Zambri. Zambri dan kawannya berkelahi. Dia tidak menduga bahawa ilmu kesaktian kawannya juga tinggi. Dia tercedera dan wajahnya berubah menjadi ketua penjahat yang membunuh keluarga Zambri. Dia terus mengghaibkan dirinya. Zambri tidak dapat mengesan ke mana dia pergi.
Selepas beberapa hari, tiba - tiba angin bertiup kencang dan bunyinya bising seperti loceng yang berbunyi di waktu malam. Tingkap di rumah Zambri terbuka dan tertutup beberapa kali dengan sendirinya. Muncul asap berkepul - kepul dan ular tiba - tiba muncul ke rumah, Zambri menggunakan ilmu kesaktiannya. Dia membaca mantera yang dipelajarinya ketika dia berada di gua dahulu. Ular itu cedera dan bertukar menjadi Tarang dan menghilangkan diri.
Zambri yang sedang lewa, terkejut apabila angin yang kuat dan bunyi loceng muncul lagi ketika dia sedang berjalan - jalan di kawasan hutan. Tiba - tiba muncul lembaga yang terbang di hadapannya dan terus mengghaibkan diri. Zambri hanya terdengar suara Tarang yang mencabarnya untuk bertarung. Dia mencabar Zambri untuk bertarung di hutan ini pada hari yang ketujuh nanti pada waktu tengahari. Zambri menerima cabarannya.Tarang terus menghilangkan diri.
Pada hari pertarungan itu, Zambri yang tiba dahulu tercari - cari Tarang. Tarang yang pada kebiasaannya muncul telah diduga oleh Zambri. Angin yang kuat dan bunyi loceng yang bising, serta asap yang berkepul - kepul akan muncul terdahulu. Tarang terus muncul dan menyerang Zambri. Mereka saling serang menyerang sesama mereka. Ilmu kesaktian mereka hampir sama hebatnya. Kata - kata mantera juga digunakan semasa pertarungan itu. Mereka berterbangan sambil berlawan. Tendangan dan tumbukan yang kuat juga dilakukan ketika berlawan. Mereka berdua mengghaibkan diri mereka juga ketika berlawan. Kemudian muncul menyerang lawan dengan tangkasnya. Tarang menghilangkan dirinya dan muncul menyerang Zambri, tetapi Zambri sempat mengelak Zambri pula menghilangkan diri. Tiba - tiba dia muncul kembali dan seluruh anggota badannya berpusing seperti angin puting beliung, tangannya mengeluarkan api dan diarahkan pada Tarang. Akhirnya Tarang tumpas apabila gagal mengelak serangan tangan api Zambri. Tubuhnya terbakar dan terus hangus. Zambri berpuas hati kerana dia telah berjaya membunuh Tarang iaitu pembunuh keluarganya.
TAMAT