Cerpen Melayu

Raja Rimba
Cerpen Percuma

Raja Rimba

Seorang wanita telah meninggalkan bayinya yang baru berusia lima tahun di dalam hutan itu. Anak itu merupakan anak luar nikah iaitu anak yang lahir tanpa perkahwinan yang sah. Ibunya telah dinodai oleh seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab sebagai ayahnya. Setelah ibunya meninggal dunia. Wanita itu mengambil anak itu dan menjaganya. Wanita itu merupakan kakak yang melahirkan anak itu. Dia membuang anak itu kerana anak itu dikatakan membawa malang kepada keluarga wanita itu.

Monyet - monyet di dalam hutan datang bermain - main dan membantunya. Secara kebetulannya juga, terdapat monyet - monyet yang mempunyai anak yang masih kecil di situ. Anak yang bernama Razif itu telah diberi meminum susu monyet - monyet yang berada di hutan itu. Dari kecil anak itu hanya bermain - main bersama binatang-binatang di hutan itu.

Pada suatu hari, waktu dia sedang bermain - main sendirian, seekor ular muncul. Ular itu bergerak semakin hampir dengannya. Monyet muncul menariknya dan melarikannya ke tempat yang lebih selamat di dalam hutan itu.

Selepas beberapa hari, sewaktu Razif sedang tidur. Harimau muncul dan mendekatinya, seorang dewa lelaki muncul dan menghalau harimau itu. Di samping itu juga dewa berkenaan membaca doa - doa supaya anak itu selamat. Dia berdoa supaya anak itu menjadi seorang yang perkasa apabila dewasa nanti.

Ketika Razif telah mampu berjalan, kekuatan yang ada padanya sungguh luar biasa dari kanak - kanak lain. Dia mampu berlari dengan pantas kalau dibandingkan dengan kanak - kanak lain. Dia juga mampu mengangkat batu - batu yang berat.

Apabila dia telah dewasa dia mampu melompat dan terbang dari satu pokok ke pokok yang lain.

Harimau yang mengganggunya, dipukulnya sehingga harimau itu kalah.

Seekor harimau telah tewas di tangannya. Tetapi selepas ditewaskan, harimau itu mula mengekorinya dan mereka akhirnya menjadi kawan.

Pada suatu petang, waktu Razif sedang berjalan - jalan di pantai yang berdekatan dengan kawasan hutan itu. Dia terlihat beberapa orang sedang duduk beramai-ramai menikmati berbagai - berbagai hidangan yang mereka sediakan. Dia menyembunyikan diri sambil memerhati orang - orang itu. Tiba - tiba dia terperanjat apabila bahunya disentuh. Dia berpaling ke belakang dan amat terperanjat melihat seorang gadis jelita sedang tersenyum memandangnya.

Wanita itu terpikat padanya dan memegang tangannya kemudian menariknya untuk bergaul bersama keluarganya. Tetapi keluarga gadis itu tidak mahu kehadirannya. Mereka menghalau dia dan memarahinya. Gadis itu sedih dan simpati melihat dirinya dihina sedemikian. Dia tidak berani untuk berkata apa - apa kepada keluarganya. Dia hanya membiarkan lelaki itu beredar dari situ.

Pada petang itu juga, sewaktu keluarga gadis itu hampir ingin berangkat pulang. Gadis itu lari masuk ke dalam hutan untuk mencari lelaki yang dilihatnya tadi.

Apabila keluarganya tiba di kawasan tempat tinggalnya. Mereka tidak dapat melihat anak mereka. Mereka berpendapat, pasti anak mereka telah pergi berjumpa dengan lelaki yang ditemuinya di hutan tadi.

Dia berjalan - jalan di dalam hutan untuk mencari lelaki itu. Setelah lama berjalan, barulah dia terlihat lelaki itu. Lelaki itu sedang bermandi di sungai yang agak dalam. Gadis itu berjalan ke arah lelaki itu dan memercikkan air ke arah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum apabila memandang gadis itu.

Razif memperkenalkan dirinya.
Gadis itu berkata bahawa dia tidak ingin pulang ke pangkuan keluarganya.
Mereka berdua berbual sambil berjalan pulang ke rumah lelaki itu.

Gadis yang bernama Farina itu gembira tinggal bersama Razif. Dia juga terhibur bermain - main bersama binatang - binatang yang mesra terhadap mereka.

Mereka begitu bahagia bersama. Mereka bermandi di sungai air terjun yang begitu sejuk dan jernih.

Pada suatu hari Farina terasa rindu kepada keluarganya. Dia tidak tahu cara untuk pulang ke rumah keluarganya.

Monyet - monyet muncul dan menarik tangan Razif dan Farina ke suatu tempat. Farina terlihat ayahnya dan beberapa orang - orangnya sedang berbual - bual di situ. Farina terus berlari ke arah ayahnya dan memeluknya.

Ayahnya memberitahunya mengenai kematian ibunya. Dia menangis mendengar berita itu dan dia dibawa pulang ke rumahnya.

Selepas beberapa hari Razif menjadi rindu kepada Farina. Razif berharap supaya kekasihnya Farina kembali kepadanya. Dia amat rindu senyuman dan sikap Farina yang begitu pandai mengambil hatinya. Dia juga amat rindu kasih sayang yang diberikan oleh Farina terhadapnya. Dia juga berharap dia akan dapat lagi bermesra bersama Farina nanti.

Di waktu malam pula dia merayu supaya Farina pulang kepadanya. Dia berharap Farina akan pulang dan menyerikan hidupnya. Razif rindu dengan gurauan Farina ketika dirinya sepi pada waktu itu. Apabila mengingati kenangannya bersama Farina. Dia terasa semakin sayang sekali terhadap Farina.

Pada keesokan harinya. Farina memaksa pemandu ayahnya membawanya berjumpa dengan kekasihnya Razif.

Apabila tiba di tempat yang diinginkan. Dia berlari menuju ke rumah Razif. Razif gembira kerana dapat bertemu semula dengan kekasihnya.

Selepas beberapa hari ayah Farina dan orang - orang upahannya muncul di hutan itu untuk membawa pulang Farina.

Binatang - binatang banyak yang di tembak kerana cuba menghalang keinginan mereka. Beberapa orang - orang upahan ayah Farina juga tercedera apabila digigit oleh binatang - binatang tersebut.

Razif berasa sedih dan marah apabila mendengar berita itu. Dia berasa sedih kerana binatang - binatang itu cedera dan mati.

Ayah Farina dan orang - orangnya masih memburu Razif dan mencari anaknya.

Razif dikejar oleh orang - orang upahan ayah Farina. Dia memanjat pokok dengan pantas dan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Mereka gagal untuk menembaknya kerana tembakan mereka tidak mengenai sasaran.

Razif muncul kembali dan berjaya membunuh beberapa orang - orang upahan ayah Farina.

Mereka menemui bomoh di hutan itu bersama dua orang pengawalnya yang berbadan sasa. Ayah Farina meminta bantuan bomoh itu untuk mendapatkan semula Farina. Bomoh itu berjanji untuk membantu.

Sewaktu Razif berjalan - jalan di hutan. Kedua - dua lelaki yang berbadan sasa itu muncul. Mereka cuba untuk menangkap Razif. Razif berlawan dengan kedua - dua mereka.

Razif berlari dan melompat ke pohon - pohon di hutan itu. Dia menyembunyikan diri. Kemudian dia muncul kembali dan menyerang lelaki - lelaki yang berbadan sasa itu. Mereka ditendang dan ditumbuk dengan kuat oleh Razif. Mereka terpelanting apabila di pukul oleh Razif.

Bomoh pula muncul dan menyerang Razif. Razif sempat mengelak. Dia melompat tinggi dan menghilangkan diri. Dia menyembunyikan dirinya di sebalik pohon - pohon yang banyak di hutan itu. Kemudian dia muncul dengan pantasnya dari arah belakang dan mencekik bomoh itu sehingga mati. Kedua - dua pengawal itu melarikan diri untuk menyelamatkan diri mereka.

Orang - orang upahan ayah Farina muncul di rumah Razif. Dia dan Farina sempat melarikan diri. Farina terjatuh ke dalam sungai yang dalam. Razif melompat dan memusingkan tubuhnya dan terjun ke sungai menyelamatkan Farina. Muncul lembaga yang anih dan menakutkan. Razif menyuruh Farina pulang ke rumah mereka. Dia berlawan dengan lembaga itu. Dia menyelam dan bergerak dengan pantas melarikan diri.

Razif pulang ke rumah menemui Farina. Sewaktu mereka sedang berbual, orang - orang ayah Farina muncul semula. Mereka terpaksa berlari lagi untuk menyelamatkan diri mereka.

Razif ditembak di bahagian kakinya. Dia terjatuh, monyet membantu melarikannya. Dia dirawat oleh monyet - monyet, menggunakan daun- daun perubatan.

Farina di tangkap oleh orang - orang ayahnya. Monyet - monyet kepunyaan Razif membuka ikatan pada tangan Farina. Dia berjaya melarikan diri. Monyet - monyet dan binatang-binatang yang cuba menyelamatkan Farina banyak yang terkena tembakan.

Razif mencontengkan wajahnya. Dia muncul untuk menyelamatkan kekasihnya Farina. Sewaktu dia berlari bersama Farina. Dia ditembak lagi. Dia berasa sakit dan sukar untuk berlari.

Farina tergelincir dari bukit itu dan terjatuh ke bawah. Dia meninggal dunia kerana tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya.

Ayah Farina dan orang - orangnya menemui mayat Farina. Dia menangis melihat anaknya yang telah meninggal dunia itu.

Razif hanya dapat melihat mayat Farina dari atas bukit itu sahaja. Di juga dapat melihat orang - orang upahan ayah Farina yang bersenapang mengelilingi mayat Farina. Razif menangis.

Ayah Farina dan orang - orang upahan ayahnya membawa pulang mayat Farina ke rumahnya.

TAMAT
Utama Cerpen Percuma Premium Masuk