Cerpen Melayu

Enon
Cerpen Percuma

Enon

Raina memilih - milih hendak membeli anak patung yang digemarinya. Tiba - tiba dia terdengar salah satu patung bercakap padanya. Budak itu memberitahu pada emaknya yang bernama Wahyuti, mengenai patung yang bercakap tadi. Dia mahukan patung itu.

Tetapi emaknya mengatakan bahawa dia tidak mendengar patung - patung tadi bercakap. Walau bagaimanapun emak budak perempuan itu tetap juga membeli patung itu pada anaknya. Patung tu dibawanya pulang.

Patung tu dinamakan "Enon" oleh keluarganya. Raina membawa patungnya ke bilik dan bermain. Dia bermain hinggalah dia tertidur. Waktu Raina sedang tidur, Enon keluar dari rumah itu dan merayau - rayau di kawasan rumah itu.

Ia masuk ke rumah orang - orang di kawasan itu dan membunuh mereka. Banyak keluarga yang menjadi mangsanya. Ia mencuri barang - barang kemas mereka dan diletakkan di ruang tamu rumah keluarga Raina.

Pada awal pagi ibu dan bapa Raina menjadi terkejut apabila terlihat barang - barang kemas yang berada di atas meja ruang tamu mereka. Mereka mengambil barang - barang tadi dan menyimpannya di dalam almari.

Mereka sekeluarga ke pusat membeli- belah. Waktu mereka berehat di sebuah restoran. Ayahnya membuka perakam kamera video keselamatan yang dipasang di rumah mereka sejak dari dulu lagi. Mereka terlihat patung tu merayau - rayau di dalam rumah itu.

Enon juga membuka dan menonton televisyen. Mereka begitu terkejut melihat kejadian itu. Mereka juga dapat melihat Enon membawa barang - barang kemas dan meletakkannya di atas meja ruang tamu rumah mereka.

Apabila mereka pulang ke rumah. Diri mereka menjadi seram. Mereka tergesa - gesa ke bilik Raina untuk melihat Enon. Patung itu masih lagi di atas katil Raina.

Apabila mereka buka semula kamera video rakaman mereka, ternyata Enon memang benar - benar bergerak. Enon yang dapat mendengar perkara tadi, keluar dan melarikan diri.

Wahyuti dan Mahud merupakan ibu dan ayah kepada Raina. Mereka masuk ke bilik Enon semula tapi patung itu telah hilang. Ia mengambil habis wang yang dikumpul Raina.

Enon pergi ke kedai runcit dan membeli sesuatu. Peniaga di situ takut dan tidak mahu menjual barang mereka kepada Enon. Enon memarahi peniaga itu dan membunuhnya. Enon mengambil barang itu dan meninggalkan kedai itu.

Enon diganggu oleh seekor anjing yang merayau - rayau mencari makanan kerana kelaparan. Enon melompat dan memusingkan anggota badannya beberapa kali dan menyerang anjing yang garang itu dan membunuhnya. Anjing itu mati dibunuhnya.

Enon ke pusat membeli - belah dan mengganggu kanak - kanak di situ. Kanak - kanak terkejut melihat wajahnya yang hodoh dan menangis apabila diusiknya. Dia juga melambai - lambai dan memanggil - manggil kanak - kanak lain.

Enon pulang ke rumah. Ia menyanyi - nyanyi. Mahud terdengar suara itu dan cuba menghampiri suara tadi. Suara itu dengan tiba - tiba terdiam. Enon menyerang Mahud. Mahud sempat mengambil pisau dan menikam Enon. Darah keluar merecik - recik dari tubuh Enon.

Tetapi Enon masih bergerak dan Mahud berjaya dibunuhnya. Enon ketawa dengan kuat setelah ia berjaya membunuh Mahud.

Apabila hari siang Enon sudah tiada di rumah. Setelah Mahud ditanam di kubur. Wahyuti terus ke rumah bomoh untuk menghalau dan menghapuskan Enon. Dia menceritakan mengenai apa yang telah berlaku kepada keluarganya. Bomoh itu mengambil upahnya dan berjanji akan membunuh patung itu.

Bomoh bersolek hingga rupanya menjadi seperti wajah anak patung. Dia berhajat untuk menghalau atau pun membunuh Enon.

Dia datang bersama pembantunya. Enon yang mengetahui hal itu menangis dengan kuat apabila bomoh itu muncul. Ia meminta ampun pada tuan rumahnya supaya dia tidak diapa - apakan.

"Kenapa kau membunuh suami penghuni rumah ini, aku akan menyeksa kau hingga mati, aku tidak akan memaafkan kau" bomoh itu, memarahi Enon.

Bomoh itu membaca mantera. Enon menjadi pening. Bomoh ambil pisau menyerang dan membelah kepala Enon. Kepala Enon terbelah sedikit. Tetapi Enon masih hidup.

Enon dicampakkannya ke dalam api. Enon terbakar dan sembuh seperti biasa. Enon menyerang bomoh itu. Rambut bomoh itu ditariknya dengan kuat, bomoh itu menjerit. Enon mencekik dan menumbuk muka bomoh itu. Bomoh itu menjerit kerana kesakitan. Bomoh itu sempat melarikan diri.

Bomoh itu menelefon pembantunya yang berada di dalam kereta. Pembantunya datang membantunya. Mereka membaca beberapa mantera dengan suara yang kuat. Mereka sama - sama mengeluarkan air jampi mereka dan disiram ke arah Enon. Enon menjerit dan terus mati. Tubuhnya terus hilang.

Wahyuti dan Raina tinggal di rumah mereka dengan selamat. Sejak dari hari itu, mereka berasa takut untuk membeli patung lagi.

TAMAT
Utama Cerpen Percuma Premium Masuk